Jika pada tanggal 1 September lalu, Abby Abadi dan suami, Farhan
telah selamat diraikan dalam majlis persandingan di kediamannya di
sekitar ibu negara, kelmarin Murai Batu dapat tahu pasangan itu diraikan
pula oleh keluarga pihak lelaki dalam satu majlis persandingan di
kampung suaminya di Tumpat, Kelantan.
Manis dan bahagia sahaja Murai Batu lihat daripada foto-foto yang
dimuat naik oleh Abby bersama suaminya yang di dalam laman Instgraram
miliknya itu.
Meskipun Murai Batu lihat pasangan itu bersanding dengan cara yang agak
sederhana, tetapi terpancar kebahagiaan di wajah mereka apabila
anak-anak Abby turut bersama meraikan.
Pasangan merpati dua sejoli itu mengenakan baju kurung dan baju Melayu rona hijau muda.
Malah, Abby juga sempat memberitahu bahawa baju yang dipakai ketika
bersanding itu dibe
linya sehari sebelum majlis kerana baju yang
sepatutnya dipakai pada hari itu, tidak hadir dengan tudung.
Abby memberitahu lagi, walaupun gaya bajunya tampak seperti majlis perkahwinan zaman 80-an, namun dia sukakan persalinan itu.
Asalkan dia dapat memakai pakaian lengkap menutup aurat.
Selain gambar bersama anaknya, Abby sempat berkongsi gambar bersama keluarga besar suaminya di Kelantan.
Apa yang pasti, Murai Batu tumpang gembira dengan pasangan ini dan
berharap agar perkahwinan mereka dapat kekal hingga hujung nyawa.
http://www.murai.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan