Tips Untuk Suami Ketika Isteri Bersalin |
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua.
Pahabaq abang-abang, akak-akak semua? Harapnya baik belaka. Hari ni Dr
Fuh nak share satu artikel menarik untuk dibaca terutamanya kepada yang
sudah bergelar suami mahupun bakal bergelar suami. Sebelum ni Dr FUh
pernah share satu artikel bertajuk Amalan Baik Untuk Bayi Baru Lahir Mengikut Sunnah. Hari Ni Dr Fuh nak share pula apa yang perlu suami lakukan ketika isteri hendak bersalin. Jom baca
LELAKI LUAR SANA
Pertama kali bersalin, anda mungkin
takut, risau dan gementar TETAPI anda harus ingat suami anda juga
merasakan perkara yang sama. Ini juga adalah pengalaman pertama bagi
suami anda. Semoga 5 tips mudah di bawah ini membantu bakal bapa dalam
memahami peranan anda ketika proses bersalin.
1. Tahu Apa Yang Perlu Dijangkakan
Apabila isteri mula rasakan kontraksi, suami perlu tahu isteri akan mula mengalami kesakitan yang berpanjangan. Emosi isteri akan mula tidak stabil, mudah marah, merengus dan cerewet. Jangan ambil hati kerana itu adalah kesakitan yang bercakap dan bukannya isteri anda. Tidak salah untuk suami sentiasa mengalah di saat-saat ini.
2. Bersedia Untuk Menunggu
Tidak seperti dalam filem, proses
bersalin boleh mengambil masa berjam lamanya. Suami boleh bantu isteri
lakukan aktiviti yang menenangkannya. Berjalan dikatakan bantu percepat
proses bersalin. Sentuhan juga sangat bermakna di saat ini. Urut atau
berikan sentuhan lembut kepada isteri anda untuk menenangkannya.
3. Jangan Ambil Hati
Suami harus ingat ketika sedang menahan
sakit bersalin, sikap isteri anda akan berubah-ubah. Mungkin di awal
proses kontraksi, urutan menenangkannya tapi di hujung kontraksi, isteri
tidak mahu sebarang sentuhan malah mungkin meninggikan suara. Jangan
ambil hati kerana itu adalah kesakitan dan emosi yang bercakap.
Perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja.
4. Bantu Isteri Bertenang Dan Fokus
Ketika sakit bersalin, isteri akan
hilang fokus, gementar dan otaknya sentiasa berfikir perkara buruk.
Semua ini mendatangkan aura negatif yang boleh menyukarkan lagi proses
bersalin. Jadi tugas suami adalah untuk tenangkan isteri anda, berikan
kata-kata semangat, bercakap tentang perkara menggembirakan contohnya
tentang bayi yang bakal lahir.
5. Sentiasa Berada Di Samping Isteri
Di saat ini, isteri sangat memerlukan
sokongan suami. Sentiasa berada di sisi isteri, berikan kata semangat
dan luahkan perasaan kasih dan sayang anda tanda menghargai pengorbanan
yang dibuat oleh isteri anda. Ucapan semangat dan keyakinan dari suami
amat bermakna buat isteri sebagai dorongan untuk melalui saat-saat getir
bersalin. – Sumber : Facebook
Dr Fuh – Semoga anak yang bakal disambut dilahirkan dalam keadaan yang sihat, comel dan lancar. Selamat mencuba
fuh.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan