Khamis, 7 November 2013

Cantik Bunga Orkid Yang Sangat Unik Menyerupai Itik



Begitu banyak keindahan yang ada di alam sekitar kita ini. Menjadikan banyak hal - hal baru yang dapat kita temui. Di Australia , ditemukan bunga orkid menyerupai itik yang sedang terbang , nampaknya alam tidak pernah bosan membuat kita berasa kagum
 Seperti disiarkan dari laman OddityCentral , bunga orkid yang mempunyai warna dominan ungu ini mempunyai nama latin Caleana major . Namun , nama yang lebih mudah untuk menyebutnya mungkin adalah Flying Duck Orchid atau Orkid Itik Terbang.




 Bunga unik ini biasanya hanya tumbuh di kawasan -kawasan tertentu yang masih liar seperti Australia bahagian timur dan selatan. Maka dari itu , tidak hairan jika tidak banyak orang yang pernah menjumpai bunga ini. Ciri khas dari tumbuhan orkid itik terbang ini ternyata hanya boleh tumbuh di daerah asalnya .

 Hal tersebut kerana di tanah tempatnya berasal , ada cendawan yang membantunya untuk tumbuh dan tetap hidup. Itulah yang membuat kita tidak boleh memeliharanya sendiri dirumah. Walaupun kamu memisahkan akar dengan tanah tersebut dan memindahkan di pot atau taman rumah kamu, si orkid tidak akan berumur panjang.

 Bahagian yang paling memberikan kesan bahawa bunga ini menyerupai itik adalah kelopaknya yang berbentuk seperti paruh. Bahagian tersebut mempunyai peranan yang sangat penting bagi perkembangbiakan bunga selanjutnya. 

Kelopak ini akan membantu para serangga yang hinggap untuk mencari letak di mana serbuk sari berada. Setelah si serangga telah menemuinya , kelopak yang mulanya turun kerana beban tubuh serangga, akan kembali ke bentuk semula. 

Sungguh mengesankan ciptaan alam yang satu ini sehingga membuat kita merasa terkagumi oleh tumbuhan yang satu ini.








 
zamrispoon blogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...