Khamis, 7 November 2013

Masjid Sancaklar ; Masjid Bawah Tanah Pertama di Dunia

Kerajaan Turki membina sebuah masjid bawah tanah yang pertama seumpamanya di dunia. Masjid tanpa menara itu adalah inspirasi dari Gua Hira, tempat Rasulullah (SAW) menerima wahyu pertama.

Masjid itu memiliki ruang ibadah yang luas hingga mampu memuatkan 650 jemaah dan pembinaannya dilakukan di daerah Buyukcekmece, Istanbul.  Ia adalah penjelmaan daripada rekaan pertandingan Festival Senibina yang diadakan tidak lama dulu dan dimenangi oleh arkitek tempatan, Emre Arolat.
 


Bangunan itu yang seluas 1.200 meter persegi terletak sedalam kira-kira tujuh meter di bawah tanah. Untuk menambahkan lagi keunikannya pencahayaan waktu siang dibantu oleh sinaran mata hari, seolah-olah untuk mewujudkan suasana spiritual. Emre Arolat yang mereka masjid itu berkata, ia bertujuan memberi jemaah peluang untuk beribadah dengan khyusuk.



Sumber: http://www.budakbotak.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...