Jumaat, 8 November 2013

Jambatan Taman Di Tengah Kota London

Heatherwick

Sebelum ini ada kami paparkan Vancoucer Land Bridge sebuah jambatan taman di Kanada. Hari ini mari lihat sebuah lagi jambatan hijau di tengah-tengah London. Jambatan hijau ini direka oleh  Thomas Heatherwick yang juga individu yang melakukan rekaan semula bas ikonik Routemaster dua tingkat London. Jambatan sepanjang 367 meter ini bakal menyambungkan Covent Garden dan South Bank. Jambatan pejalan kaki ini akan ditanam dengan pokok dan tumbuh-tumbuhan bagi menghasilkan sebuah taman terapung. Kos pembinaan adalah sekitar GBP 150 Juta (RM 764 Juta) dan dijangka siap pada tahun 2017. Nice!





 

 
 

Laporan asal Dezeen/ blog serius

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...