Sabtu, 9 November 2013

Resepi - Black Beauty Chocolate Cake

Black_beauty_cake 

Pertama kali akak tengok ni dah jatuh cinta........ buat petang.... sedap dua orang anak komen dan paling best bahan simple dan mudah di mask.... So tak rugi anda semua cuba masak untuk keluarga

 

resepi kek coklat PALING MUDAH & PALING SEDAP!
  • BAHAN A : Tepung gandum/superfine 2cawan
  • Serbuk koko 1cawan (guna serbuk koko yg quality)
  • Soda bikarbonat 1sudu teh
  • Baking powder 1sudu teh
  • BAHAN B : Gula Castor 2cawan
  • Susu cair @ fresh milk 1cawan
  • Minyak masak @ butter (dicairkan) 1cawan
  • Air panas suam 1cawan ( i tambah 2sudu nescafe)
  • Coklat emulco 2sudu
  • Telur 3biji
  • Chocolate bubble rice & white chocolate cube (additional)

Cara-cara

  1. Sediakan 2 bekas yg bersih, bekas PERTAMA ayak Bhn A, ketepikan.
  2. BEKAS KE2 masukkan semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje) @ electric mixer.
  3. Masukkan Bhn B ke dalam Bhn A dan gaul rata hingga sebati- guna senduk kayu klu bole-. Tuang adunan ke dlm tin yg dilenser dgn butter/minyak.
  4. Pada suhu 150C, bakar kek selama 50min - 1jam. * bergantung pd oven masing2 yea*
  5. Ni resepi TOPPING i : Dark Chocolate (cooking chocolate bar) + Whipping krim 100ml + Butter 1sudu
  6. First, cairkan chocolate bar dlm microwave selama 1 minit, sentiasa pantau utk elak coklat hangus, @ cairkan dlm mangkuk tahan panas dgn menggunakan kaedah double boiler hingga coklat cair.
  7. Then, masukkan whipping cream + butter, kacau hingga mesra. Biar agak sejuk & sapu atas kek yg telah disejukkan:)
http://maklangazie.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...