Namun begitu, syor Thomas Coryat mengenai penggunaan garpu untuk memakan makanan sebagai menggantikan sudu tidak diterima baik oleh masyarakat sekelilingnya berikutan imej garpu tersebut yang menyerupai peralatan yang digunakan oleh syaitan untuk menyeksa manusia di alam neraka. Malah, Thomas telah diejek dengan nama Furcifer yang bermaksud, pemegang garpu.
Di beberapa wilayah di Thailand, penggunaan garpu masih dianggap sebagai kurang sopan dan kurang ajar. Garpu juga sempat dihubungkan dengan dunia syaitan apabila seorang puteri dari Yunani telah meninggal dunia setelah memperkenalkan penggunaan garpu kepada tetamu di majlis perkahwinannya dengan seorang ketua hakim pada pemerintahan Venice, iaitu Domenico Selvo. Mereka yang hadir ketika itu menyifatkan peristiwa itu sebagai hukuman daripada Tuhan.
Walaupun etika penggunaan garpu telah diterima secara meluas pada ketika ini, namun masih terdapat sesetengah pihak yang lebih gemar memakan menggunakan tangan.
Pandangan Penulis
Garpu pun dianggap sebagai dunia syaitan disebabkan membunyi seperti tanduk, tongkat syaitan yang tajam itu? Memang lawak tetapi itulah kenyataan yang mereka hadapi ketika sejarah awal kewujudan garpu itu? Banyak kontroversi kepada sesuatu benda itu direkacipta. Biasalah manusia, suka fikir merapu.
Sekarang garpu digunakan secara meluas tidak kira di mana sahaja anda berada. Terutamanya di dalam hotel untuk mencucuk makanan yang telah di potong untuk dimasukkan ke dalam mulut.
Garpu dan sudu tidak dapat dipisahkan lagi buat masa sekarang ini. Ibarat adik beradik yang begitu erat sekali. HEHE!
http://www.shakroil.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan