Awas bagi mereka yang gemar bersukan pada waktu malam kerana tanpa disedari anda mungkin boleh diserang penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi dan masalah jantung.
Aktiviti
bersukan seperti bermain futsal, badminton dan beriadah di gimnasium di
waktu malam yang kini menjadi gaya hidup warga kota akibat kekangan masa
bekerja sebenarnya boleh menjadi ‘pembunuh senyap’.
Difahamkan,
aktiviti tersebut yang banyak menggunakan tenaga boleh bertukar menjadi
gejala tidak sihat dan membahayakan kesihatan jika tidak diuruskan
dengan baik.
Menurut
pakar perunding perubatan terkenal, Datuk Seri Dr. Zulkornain Ahmad
(gambar kecil), secara purata seseorang menghabiskan lapan jam bekerja
sehari dan memerlukan waktu rehat.
Katanya,
aktiviti bersukan selepas bekerja terutama pada waktu malam menyebabkan
badan menjadi lesu kerana tubuh dipaksa bekerja keras dan banyak tenaga
dikeluarkan.
“Kita
memaksa badan untuk bekerja keras dengan aktiviti sukan yang berat dan
boleh mengakibatkan tekanan darah kita meningkat naik sekali gus boleh
menyebabkan masalah darah tinggi dan jantung.
“Bukan
tidak boleh bersukan waktu malam, tetapi biarlah sukan yang ringan serta
tidak menggunakan tenaga yang banyak seperti berenang dan berjoging,”
katanya kepada Kosmo!.
Sumber : Kosmo/terbakor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan