Kenaikan pernah dilakukan pada tahun 2012 sebagai salah satu rangka kerja dalam pelan yang telah diumumkan. Ia adalah satu langkah untuk menaik taraf proses penyelesaian tuntutan dan pelaksanaan pelarasan premium insuran kenderaan secara beransur-ansur sehingga tahun 2016.
Jadual Kadar Kenaikan Tarif Insuran Kenderaan Bermotor 2014
Daripada apa yang difahamkan oleh saya, kadar ini akan meningkat selaras dengan perkembangan dunia permotoran di mana bilangan kenderaan atas jalan semakin meningkat dari tahun ke tahun, lalu menyebabkan nisbah kadar kemalangan juga turut meningkat. Apabila berlaku peningkatan nisbah ini, maka kos akan menjadi tinggi untuk kerja-kerja baik pulih kenderaan, kos hospital dan sebagainya yang berkaitan.Namun, pada pandangan peribadi saya, dalam keadaan ekonomi serba menekan rakyat Malaysia, kewajaran untuk menaikkan tarif insuran kenderaan bermotor ini perlulah dikaji semula. Walaupun terdapat kelonggaran dalam perlaksanaan yang tertakluk pada syarikat insuran, namun tidak dinafikan sedikit sebanyak akan ada yang terkena tempias akan kenaikan ini - iaitu pengguna kenderaan.
Apapun, cuba kita semua semak kembali akan kadar atau tarif insuran sedia ada dengan kadar yang bakal dilaksanakan sekitar pertengahan bulan Februari 2014 (dijangka 15 Februari).
Kadar atau Tarif Baru Insuran Kenderaan Bermotor 2014
Tarif atau Kadar Insuran Tahun 2013
Mungkin sesuatu boleh anda katakan?
Kredit: Paultan.org/http://www.hasrulhassan.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan