Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan sekali-kali
ada sesiapa dalam kalangan saudara berdoa begini: Ya Allah, ampunkan
saya sekiranya Engkau mahu. Ya Allah, kasihanilah saya sekiranya Engkau
mahu. Mintalah bersungguh-sungguh, sebab tiada siapa dapat memaksa
Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Makruh berdoa dengan kata-kata seakan-akan memberi pilihan kepada
Allah SWT kerana semua yang berlaku atas kehendak Allah SWT dan tiada
kuasa lain yang menentukannya. Justeru, sebaiknya, mintalah dengan
bersungguh-sungguh.
Allah SWT suka kepada hamba yang sentiasa meminta kepada-Nya dan sebab itu umat Islam digalakkan memperbanyakkan berdoa. Malah, umat Islam diingatkan supaya tidak bersikap sombong kepada Allah SWT kerana hanya kepada-Nya tempat kita bergantung.
Makruh berdoa dengan kata-kata seakan-akan memberi pilihan kepada
Allah SWT kerana semua yang berlaku atas kehendak Allah SWT dan tiada
kuasa lain yang menentukannya. Justeru, sebaiknya, mintalah dengan
bersungguh-sungguh”
Tanpa doa, bagaimana kita dapat berbicara atau meluahkan apa terbuku
dalam hati kepada Allah SWT sedangkan hanya Dia yang berkuasa
menganugerahkan segala keperluan manusia baik hidayah, rahmat serta
rezeki.
Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang dalam
kalangan saudara berdoa, mintalah bersungguh-sungguh dan jangan
sekali-kali berkata: Ya Allah, Sekiranya Engkau mahu, berikanlah
kepadaku. Tiada siapa dapat memaksa Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yakin kepada janji Allah
Namun tidak dinafikan ada kala kita sudah puas meminta, tetapi masih
belum dapat apa yang diharapkan itu. Pada situasi begini keyakinan
kepada janji Allah SWT perlu kuat kerana jika bukan di dunia, doa itu
mungkin menanti di akhirat nanti.
Memang sukar menghadapi saat di mana kita mengharap tetapi harapan tidak tercapai, tetapi jangan sekali-kali itu menyebabkan kita berputus asa. Mungkin apa yang kita sangka baik untuk kita bukan yang terbaik di sisi Allah SWT.
Bagaimanapun, dalam apa yang dilakukan hendaklah bersungguh-sungguh
kerana kesungguhan itu membuktikan istiqamah kita dalam melakukan
sesuatu. Dalam banyak perkara, kesungguhan berjaya melembutkan hati
orang di sekeliling kita, tetapi biarlah kesungguhan dalam perkara baik.
http://albakriah.wordpress.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan