Jurutera pintar di
China telah menjadi yang pertama membina sebahagian daripada bahagian
jambatan yang besar dan boleh diputarkan terus ke tempat penyambungan
supaya tidak menganggu laluan kereta api yang berada di bawahnya.
Bahagian seberat 17,000 tan itu yang di bina di Bandar Wuhan itu telah
dipasang di tempatnya pada 15 Januari lalu yang selepas di bina selari
dengan landasan kereta api berkelajuan tinggi itu.
Keseluruhan proses
putaran itu hanya mengambil masa selama 90 minit dan ia dipasang pada
kadar 106 darjah pada paksi setinggi 15 meter. Ini adalah penyelesaian
intuitif yang pertama bagi China, kerana landasan kereta api itu
dianggap terlalu penting untuk ditutup walaupun untuk sementara waktu.
Apabila siap, jambatan sepanjang 256 meter akan melintasi 11 landasan
kereta api termasuk landasan kereta api sepanjang 1,428 batu bagi
perkhidmatan Beijing-Guangzhou ini.
Jambatan ini dijadualkan akan dibuka untuk lalu lintas pada akhir bulan ini. Dengan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di negara ini menjadi yang terbesar di dunia, maka tidak hairanlah kenapa jurutera tidak mahu menghentikan perkhidmatan kereta api ini semata-mata untuk menyambung bahagian jambatan ini. Masalah keperluan telah membuatkan para jurutera ini datang dengan idea penyelesaian yang kreatif dan inovatif, membuktikan bahawa jurutera boleh membuatkan segala-galanya mungkin

p/s: Hebat jugak diorang ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan