Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah islam berdasarkan takwa dan iman yang padu. Allah swt telah mengakuinya sebagaimana firmannya di dalam al-Quran :
Surah Surah al-taubah 108
Menurut pendapat kebanyakkan ulama sebab turunnya ayat ini ditujukan kepada Masjid Quba. Ada juga pendapat yang mengatakan ayat ini turun ditujukan kepada Masjid Nabawi dan kedua-dua pendapat tidak bercanggah kerana kedua masjid ini dibina atas dasar takwa namun akhir ayat tersebut menguatkan pendapat juhmur.
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar ra bahawa Rasullulah saw selalu pergi ke Masjid Quba pada tiap-tiap hari Sabtu samada dengan menaiki unta atau berjalan kaki. Adakalanya Rasullulah saw pergi pada hari isnin dan khamis. (hadis sahih al-bukhari no.1193).
Rasullulah saw juga bersabda :
"Sesiapa yang berwuduk di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba untuk bersolat, akan diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah (Sunan Ibnu Majah no.1412.Lihat : Fadhail Madinah 542, sahih al-jami' as-soghir no.6154 (sahih).
Selepas wafatnya Rasullulah saw, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba dan bersolat di sana.
Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Salim, hamba kepada Abu Huzaifah pernah menjadi imam bagi golongan muhajirin sebelum kedatangan Rasullulah saw beliau adalah salah seorang yang banyak menghafal al-Quran (hadis sahih al-Bukhari no.692)
Zaid bin Aslam ra berkata : "Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba, sekiranya ia berada di hujung dunia nescaya kami akan bermusafir kepadanya. (Khulasah Al-Wafa' 2/267-276)
Lokasi Masjid
Masjid Quba terletak di perkampungan Quba kira-kira 3 km dari arah selatan bandar Madinah. Nama Quba diambil daripada nama sebuah telaga yang berada di tempat itu. Masjid ini berbentuk empat persegi dan luas kawasannya kira-kira 5,035 m persegi.
Pada hari isnin 8 Rabi'ul Awwal bersamaan 23 September 622M, Rasullulah saw tiba di perkampungan Quba dalam perjalanan hijrah dari makkah , baginda tinggal di sana selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di rumah Kalthum bin Al-Hadm.
Pada hari pertama itulah Rasullulah saw terus membina Masjid Quba iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat islam. Rasullulah saw sendiri turut serta dalam pembinaan masjid ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabat.
Asy-Syimus binti An-Numan ra menceritakan :"Aku melihat Rasullulah saw ketika ketika membina masjid ini . Baginda memikul batu-bata di atas belakangnya sehingga bongkok tubuhnya. Debu-debu dan pasir penuh di tubuh dan bajunya. Apabila salah seorang sahabat meminta untuk mengambil bebanan itu daripadanya, Baginda tidak membenarkannya sebaliknya menyuruh mereka membawa bebanan lain sepertinya."
(Diriwayatkan oleh At-Tabarani)
Setelah itu, Rasullulah saw mengimami solat berjemaah secara terbuka bersama para sahabat di Majid Quba berkiblatkan Masjid Al-Aqsa pada waktu itu.
Sumber : Petikan Madinah Kelebihan & Sejarah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan