Kisah Kapal Titanic Karam Yang Menyeramkan | Sebut sahaja kapal Titanic sudah tentu kita akan membayangkan sebuah kapal gergasi yang boleh dianggap cukup gah pada masa dahulu. Kapal yang tidak terfikir bahawa boleh karam di lautan dalam masa beberapa jam sahaja. Insiden pelanggaran bongkah ais
menjadikan perisitwa hitam ini menghantui segelintir daripada mangsa
yang terselamat dari insiden ini. Apakah kisah yang menyeramkan ini? Jom
kita ikuti kisah seram kapal Titanic di bawah ini.
Titanic merupakan kapal pesiar termewah
di tahun 1912 yang masih dikenang hingga ke saat ini. Sebagai kapal
pesiar mewah, hanya orang kaya yang boleh menikmati pelayaran pertama
Titanic. Dikhabarkan sebagai kapal yang tidak akan pernah tenggelam,
nyatanya Titanic tenggelam pada pelayaran pertamanya tanggal 15 April
1912.
Sejarah Kapal Titanic
Kapal Titanic merupakan kapal penumpang
milik White Star Line, dibangun di galangan kapal Harland and Wolff di
Belfast, Irlandia Utara, dibina untuk menyaingi Lusitania dan
Mauretania milik Cunard Line. Titanic, bersama kapal saudara kembarnya
Olympic yang akan dibuat Britannic (pada awalnya dinamakan Gigantic,
bertujuan menjadi kapal paling mewah dan terbesar yang pernah dibuat. Pembuatan
RMS Titanic, dibiayai oleh hartawan Amerika, J.P. Morgan dan
perusahaannya International Mercantile Marine Co., dimulai pada 31 Maret
1909. Badan kapal Titanic selesai dibina pada 31 Mei 1911, dan
perlengkapan dalam dibina pada 31 Maret tahun berikutnya. Titanic
sepanjang 269 meter (882 kaki 9 inci) dan 28 meter (92 kaki 6 inci)
lebar, berat mati 46.328 ton, dan ketinggian dari permukaan air ke
geladak setinggi 18 meter (60 kaki).
Pada waktu itu, fasiliti dan kemewahannya tidak dapat ditandingi. Ia menawarkan fasiliti kolam renang, ruang olahraga, pemandian Turki, perpustakaan dan gelanggang squash.
Ruang kelas utama dihiasi seluruhnya dengan panel kayu, perabotan mewah
dan perhiasan yang indah lainnya. Ia menawarkan tiga lift untuk
digunakan penumpang kelas utama dan, satu inovasi pada waktu itu, satu
lift bagi penumpang kelas dua.
Sebahagian dari orang yang terkenal turut
belayar sebagai penumpang kelas utama. Ini termasuk jutawan John Jacob
Astor dan isterinya Madeleine Force Astor; pemilik kilang Benjamin
Guggenheim; pemilik Macy, Isidor Straus dan isterinya Ida; jutawan
Denver, Margaret “Molly” Brown; Sir Cosmo Duff-Gordon dan isterinya Lady
Lucille Duff-Gordon; George Elkins Widener dan istrinya Eleanor; John
Borland Thayer, isterinya Marian dan anak mereka yang berusia tujuh
belas tahun, Jack; wartawan William Thomas Stead; Countess of Rothes;
pembantu presiden Amerika Serikat Archibald Butt; pengarang dan tokoh
masyarakat Helen Churchill Candee; pengarang Jacques Futrelle, dan
isterinya May, dan rekan mereka, editor Broadway Henry dan Irene Harris;
aktris film bisu Dorothy Gibson; dan yang lain. Ikut bersama di
kelas utama lainnya adalah editor urusan White Star Line J. Bruce Ismay
yang merencanakan pembuatan Titanic dan pembuat kapal Thomas Andrews,
yang turut bersama untuk memantau semua masalah dan menilai kerja
keseluruhan kapal baru tersebut.
Tragedi tenggelamnya Titanic karena
melanggar gunung ais menjadi salah satu bencana kapal pesiar paling
parah. Sebanyak 1.500 penumpang meninggal dunia dan banyak yang tidak
diketahui khabarnya. Tenggelamnya Titanic menyebabkan munculnya berbagai
cerita mistik yang menyeramkan.
1. Hantu di Rumah Mayat
Setelah Titanic tenggelam, pasukan
penyelamat menemukan ratusan mayat yang terkorban . Ratusan mayat itu
dibawa ke rumah mayat Snow & Co di Halifax, Nova Scotia.
Tahun demi tahun berlalu, rumah mayat tersebut beralih fungsi menjadi restoran Five Fisherman. Di situ, sering berlakunya peristiwa aneh seperti gelas melayang atau peralatan makanan yang terjatuh sendiri ke lantai.
2. Penampakan di Pameran Benda ‘Peninggalan’ Titanic
Beberapa bahagian Titanic yang tenggelam
di dasar laut sudah diangkat. Benda-benda yang tersisa masih ada yang
utuh walaupun tenggelam puluhan tahun.
Benda-benda tersebut dipamerkan dalam sebuah pameran dan muzium.
Pada tahun 2008, diadakan pameran barang-barang peninggalan Titanic yang sudah diangkat.
Pada tahun 2008, diadakan pameran barang-barang peninggalan Titanic yang sudah diangkat.
Yang menyeramkan, beberapa pengunjung
pameran dan pegawai melaporkan adanya penampakan aneh di sekitar bilik
yang memaparkan benda-benda dari Titanic.
Seorang paranormal mengatakan bahawa penglihatan aneh tersebut adalah korban Titanic yang telah mati.
3. Mangsa Korban Yang Menaiki Bot
Pada tahun 1990, Jaime Rodriguez warga
San Francisco mengatakan bahawa dirinya diikuti hantu. Setelah
diselidiki, ternyata pangsapuri yang diduduki Jaime adalah bekas
pangsapuri penumpang yang selamat dari tragedi Titanic, Dr Henry
Washington Dodge.
Pada masa tragedi tenggelamnya Titanic, Dr
Henry naik ke bot yang sebenarnya khusus untuk penumpang wanita dan
anak-anak. Walaupun dirinya selamat, dia mendapat caci maki atas
sikapnya yang tidak gentlemen. Kerana mengalami tekanan, Dr Hendry bunuh diri di apartmennya pada tahun 1919.
4. Hantu Orang Kaya Yang Baik Hati
Ingat dengan sosok wanita kaya baik hati
dalam filem Titanic iaitu Molly Brown dan keluarga.Khabarnya, sosok
tersebut memang ada. Orang kaya baik hati tersebut bernama Margaret “Molly” Brown.
Sama seperti dalam filem, wanita tersebut selamat, termasuk suaminya.
Namun yang aneh, rumah mereka di Denver, Amerika Syarikat menjadi salah
satu rumah berhantu. Beberapa orang melaporkan penampakan Molly dan
suaminya berada di sekitar rumah.
5. Rumah Kapten Kapal
Kapten kapal Titanic, Edward John Smith tidak lepas dari cerita menyeramkan. Rumah kapten kapal dikhabarkan sering dihantui dan mengalami rentetan peristiwa aneh.
Rumah tersebut mengalami banjir yang entah datang dari mana, udara
sejuk tiba-tiba menyerang dan beberapa penampakan sering terlihat di
sana.Benar atau tidak hal misteri tersebut terjadi kerana tragedi
Titanic, belum diselesaikan.
http://melayukini.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan