“Ummu, kau pernah suka seseorang tak?’’ temanku bertanya.
Teralih perhatianku untuk menikmati keindahan alam.
“Adalah
jugak. Tapi dah lama, dah hilang dah pun perasaan itu. Kadang-kadang
memang terasa macam ada sesuatu dalam hati; tapi perasaan tu juga buat
aku rasa tak sedap hati at the same time. Bila macamtu, aku doa je kat Allah. So, sebenarnya, aku pun tak pastu aku pernah suka lelaki ke tak. Hehehe”
“Kau doa macamana?”
Ya
Allah, kau tahu perasaanku terhadapnya kerana Kau Maha Mengetahui, jika
memang sudah tertakdir jodohku dengannya, Kau peliharalah rasa sukaku
terhadapnya sebaliknya jika aku memang tidak tertulis untuknya, Kau
hilangkan rasa sukaku terhadapnya. Kerna Kaulah yang sebaik-baik
perancang.
Hanya itu yang mampu ku jawap. Mahu menghilangkan rasa gusar di jiwa temanku. Tersenyum dia mendengar jawapanku.
“Nasib baik kau ada, kalau tak mesti aku dah terlanjur jual cinta aku untuk yang tak sepatutnya.”
…..
Yang Dinamakan Hati
Memendam
perasaan itu dinamakan jihad. Kerana kita sedang memperjuangkan diri
kita daripada terjebak dengan dosa. Andai seseorang meluahkan
perasaannya terhadap kita dan kemudian kita menerima perasaannya,
mengikat sebuah hubungan haram, membuka hati kita untuk menerima cinta
kepada yang tak sepatutnya. Samalah, seperti balang gula-gula yang telah
terbuka dari penutupnya.
Dan ketika sedang menjalin hubungan
tanpa ikatan dengannya, kita sibuk menzahirkan cinta, meluahkan sayang
kepadanya, kerana ketika itu, hidup kita hanya untuk membahagiakannya.
Ini diibaratkan seperti gula-gula yang terdapat dalam balang itu telah
diberikan kepada dia.
Lalu, akhirnya dia pergi meninggalkan kita
setelah puas mempermainkan kita yang leka dalam cinta. Balang gula-gula
itupun yang sudah terbuka penutupnya, hanya tingal sedikit sisa-sisa,
beberapa gula-gula. Dan hati kita itu, hanya balang gula-gula yang
tinggal sedikit isinya. Adakah hati itu yang bakal kita persembahkan
kepada seorang Adam yang bergelar suami, halal keatas kita, dan bakal
menghabiskan masanya bersama kita?
Si suami bakal mendapat cinta secondhand. Tidakkah kita merasa malu untuk berdepan dengannya, kerana hati ini pernah menjadi kepunyaan orang lain?
Suka pada seseorang. Itu namanya fitrah. Kerana itulah, berada di alam remaja, merupakan alam yang paling mencabar.
Ada
sesetengah manusia, menjadikan cinta sebagai media pemuasan hawa nafsu.
Inilah yang berlaku pada akhir zaman sekarang. Kes buang bayi,
mengandung anak luar nikah, semakin banyak terjadi. Inilah umat akhir
zaman.
Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan.
Al-Farabi
Tidak malukah kita? Disamakan dengan haiwan?
Muhasabah
diri. Suka seseorang, pendamkan sahaja. Fikir dahulu,tidakkah kita
berasa malu? Mencintai seseorang, tanpa terlebih dahulu mencintai Dia.
Bagaimana kita, mahu mengetahui tanda-tanda kita mencintai Allah?
…..
Tanda-tanda Mencintai Allah
Kalau cinta, rindu untuk bertemu.
Bagaimana sikap kita sewaktu hendak berjanji temu (solat) dengan Allah?
Kalau cinta, suka apabila disuruh.
Bagaimana sikap kita sewaktu diperintah menutup aurat, menjauhi zina dan lain-lain?
Bagaimana sikap kita sewaktu hendak berjanji temu (solat) dengan Allah?
Kalau cinta, suka apabila disuruh.
Bagaimana sikap kita sewaktu diperintah menutup aurat, menjauhi zina dan lain-lain?
Tidak malukah kita? Mencintai hambaNya terlebih dahulu tanpa mencintai Dia?
Andainya
kita risau, orang yang kita sukai bakal jatuh ke tangan orang lain,
ingatlah kita ini siapa. Orang yang disukai itu bukan milik kita
sebaliknya milikNya. Layakkah kita merisaukannya. Ingatlah, jodoh itu
ketentuan Tuhan, kita hamba tidak perlu bersusah payah memikirkannya.
Apa guna bercouple?
Sedangkan dia yang kita sukai itu belum tentu lagi jodoh kita. Elakkan.
Kerana ia selangkah menuju kepada perbuatan zina. Dan Allah sendiri
telah berfirman:
“Dan janganlah kamu mendekati zina…. (Al-Isra’ 17:32)”
Cinta
selepas kahwin itu indah. Kerana apa yang haram untuk dibuat, halal
untuk kita lakukan terhadapnya. Simpan diri untuk yang halal. Bila hati
diuji kerana fitrah, peganglah pada prinsip: ‘hati itu ibarat balang
gula-gula.’
Wanita, peliharalah cintamu untuk yang halal. Memendam itu berjihad. Tidak perlu bercouple untuk melampias fitrah. Kita wanita, senang menuju ke syurgaNya.
http://www.iluvislam.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan