Selasa, 16 Disember 2014

Jawapan Paling Sarcastik Kepada Soalan 'Bila Nak Kahwin?'

18 Jawapan Paling Sentap Kepada Soalan ‘Bila Nak Kahwin?’

Stress orang bujang!

Apabila tamat belajar: Dah habis belajar? Bila nak kahwin?

Apabila sudah bekerja: Mesti best gaji banyakkan. So, bila nak kahwin?

Jawapan cliche yang biasa dibalas balik ialah “Tahun depan”, “Tunggu kurus”, “Tunggu orang pinang”, “Bila sampai seru” atau “Takde calon lagi”.
 
 



Pastinya ada soalan atau jawapan balas yang buat kita bertambah sentap pula.

Jadi, memang penat nak menjawab soalan kesukaan ramai ini terutama ketika tiba musim hari raya, kenduri-kendara dan reunion.

Tahukah anda jawapan sentap berisi nilai sarkastik mampu mematikan soalan seterusnya?

18 Jawapan Sentap Balas Soalan:



“Bila Nak Kahwin?”

“Bila nak mendirikan rumah tangga?”

1. “Saya masih mahu berjasa untuk family.”

2. “Jodoh lambat ini ujian dari Allah untukku sebab Dia tahu aku boleh hadapinya. Kau tak dapat dugaan ini sebab mungkin kau tak boleh hidup apabila ditanya berkali-kali soalan ini”

 3. “Dah siap tertulis dengan siapa dan bila aku nak kahwin. Tapi Allah tak reveal lagi padaku.”

4. “Mana Boleh jawab La... Jodoh tu kan rahsia.. Hufff”

5. “Esok pun boleh apabila dah tersurat ada calon.”

6. “Tunggu suami makcik kahwin lagi lah.”

7. “InsyaAllah bulan 9 nanti. Tahun belum tahu lagi”

8. “Jangan nak tanya sangat. Nanti aku mengorat suami kau, baru kau tahu.”

9. “Nak sponsor ke?”

10. “Kau tahu ke bila kau nak mati?”

11. “Rumah dah ada, tangga pun dah ada tapi semua tue sewa ajer.”

12. “Carikanlah seorang boleh?”

13. “Awak tak tahu ke? Saya dah lama minat suami awak. Jom bermadu!”

14. “Tengah kumpul duit lagi tapi kalau Mak Long ada duit, boleh tak saya nak pinjam”?

15. “Belum cukup puas bahagiakan mak ayah.”

16. “To-Do-List bujang aku tak complete lagi. Kau ada?”

17. “Kalau tak kahwin, tak mati kan?”

18. Dah Kahwin dah nikah je belum...

19. Tunggu je Kad nanti sampai la... 

20. “Ala… Bosanlah kalau dah kahwin nanti takde orang nak tanya soalan PANAS ni kat I lagi”

Mana satu pilihan kalbu? Hehe

Kepada anda si bujang di luar sana, seandainya jodoh masih belum sampai, percayalah perjalanan masa depan anda masih jauh lagi ke depan, nikmatilah hidup ini dengan bahagianya.
selongkar10

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...