Khamis, 11 Disember 2014

SKMM Beri Amaran Sebaran Malware Melalui Facebook

 
 


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengeluarkan amaran kepada pengguna Facebook supaya berhati-hati dalam melayari pautan yang mengandungi unsur seks.

Menerusi kenyataan di akaun Facebooknya, SKMM meminta orang ramai agar tidak tertarik untuk memasuki pautan yang kononnya memaparkan video ‘Gadis Mabuk Setelah Pesta’ atau ‘Aksi Lucu Gadis Mabuk Teruk’.

Menurut SKMM jika pengguna klik pada pautan berkenaan, mereka akan diminta untuk memuat turun satu perisian berbentuk plugin yang sebenarnya adalah sejenis malware.

Sekiranya pengguna Facebook menjumpai kandungan sedemikian, mereka digesa jangan berdiam diri tetapi segera membuat laporan supaya kandungan itu dapat dibuang.

“Jika anda terjumpa kandungan sebegini, anda dinasihatkan untuk membuat laporan penyalahgunaan secara terus kepada Facebook di ruangan ‘Report This Post – It’s Spam‘ di bahagian kanan (atas) kandungan berkenaan.

“Sekiranya akaun anda telah dijangkiti malware, sila tukar kata laluan akaun anda secepat mungkin,” kata SKMM memberi amaran.

SKMM juga meminta orang ramai menghebahkan maklumat ini supaya tiada yang menjadi mangsa spam.

 
http://greenboc.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Zaman sekarang ni macam-macam ada di facebook. kes mengenai malware facebook memang dah ada lama. tapi ini kali pertama amaran skmm sebaran malware di facebook berlaku. Ini pendapat saya mengenai isu ini.

    http://poyoblogger.blogspot.com/2014/12/gempar-skmm-beri-amaran-sebaran-malware-di-facebook.html

    BalasPadam

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...