Ahad, 14 Disember 2014

Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah

 
Assalamualaikum...
THE FOLLOWING IS A CHINESE GOOD LUCK TANTRA TOTEM.
 
Anda mungkin tidak mempercayainya, tetapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca!. Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!
 
PERTAMA
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA
Kahwinilah lelaki/wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia meningkat tua.
 
 
 

KETIGA
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT
Apabila kamu berkata "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA
Pabila mengatakan "Maaf", tengunglah matanya.

KEENAM
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH
Percayailah cinta pandang pertama

KELAPAN
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sesungguhnya anda akan berasa seolah-olah diri anda terseksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan  kehidupan ini.

KESEPULUH
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkar secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribada keluarga mereka.

KEDUA BELAS
Berbicara dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGA BELAS
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya, "Kenapa anda ingin tahu?".

KEEMPAT BELAS
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besarkan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMA BELAS
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAM BELAS
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar

KETUJUH BELAS
Berpeganglah kepada tiga R :
  • Rasa hormat pada diri sendiri
  • Rasa hormat kepada orang lain
  • Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
KELAPAN BELAS
Usahlah benarkan pertikaian yang besar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar

KESEMBILAN BELAS
Apabila menyedari anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUA PULUH
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUA PULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
 http://senjamendamaikan.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...