Khamis, 18 Disember 2014

Fesyen bola sepak yang jadi ikutan

Fesyen bola sepak adalah antara elemen penting tidak akan dapat diketepikan biarpun terdapat usaha dilakukan oleh pihak pentabdir bola sepak antarabangsa untuk menghentikannya jika ia didapati tidak sesuai.
Sekalipun cuba diharamkan oleh FIFA, sesetengah fesyen terbabit tetap kekal dan terus diingati. 

Contoh paling baik adalah gaya tersendiri penyerang Arsenal, Olivier Giroud yang suka mengubah fesyen rambut mengikut sesuka hatinya hampir setiap minggu.

Namun, aspek paling penting dalam mana-mana fesyen bola sepak adalah memastikan pemain ternama memperkenalkan fesyen terbabit dan membuatkan kanak-kanak sekolah serata dunia mengikut jejak langkah untuk meniru gaya idola mereka.

Bagaimanapun, ada sesetengahnya tidak benar kerana penyerang Real Madrid dan bekas pemain Tottenham Hotspur, Gareth Bale menerima bayaran semata-mata 'melekatkan pita lilitan berwarna biru di paha' di atas stokin setiap kali beraksi.

Andai fesyen seumpama itu memberi manfaat kepada pemain, ia boleh dianggap sebagai permainan adil dan memberi pulangan.

Apapun, mari kita lihat sembilan fesyen popular bola sepak diperkenalkan pemain yang menjadi pencetus baru fesyen dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).
 

 
1) Sapuan salap berwap (vicks vapo) bahagian dada di jersi
Tiada siapa dapat mengesahkan siapa yang memulakan gaya itu tetapi ramai mengatakan pemain tengah keramat Arsenal dan Perancis, Patrick Vieira adalah orang bertanggungjawab mempopularkan fesyen terbabit.

Dia sering menggunakan sapuan 'vapo rub' untuk memudahkan pernafasan sepanjang masa meskipun berehat di rumah atau menghadiri majlis rasmi.

Penggunaan salap berwap oleh Vieira menyebabkan pembuat jersi Arsenal mengambil keputusan mengalihkan lencana meriam kelab itu daripada sebelah kiri ke tengah dengan harapan pemain terbabit akan menghentikan penggunaan salap berwap itu seluruh bahagian tengah jersi digunakan.

Dia tidak mengendahkannya dan terus menyapunya di atas lencana. Bagaimanapun, tindakan Vieira berlari di belakang seseorang pemain ketika perlawanan, tiada siapa akan berteriak 'Man On' kerana pemain dapat menghidunya dari jarak jauh.

2) Plaster pelega hidung
Penggunaan plaster hidung oleh penyerang sensasi Liverpool, Robbie Fowler sering menyebabkan dia menjadi bahan jenaka tetapi berubah menjadi pujian setiap kali dia meraikan jaringan. Fowler memiliki persamaan dengan penyerang Brazil, Neymar kerana dua pemain terbabit kerap menggunakan plaster hidung pada satu peringkat dalam karier mereka.

3) Selempang leher
Terdapat ramai kritikan dilemparkan terhadap penggunaan selempang leher kerana ia seolah-olah digunakan untuk mengejek atau menjejaskan emosi peminat bola sepak.

Sebenarnya ia bukan bertujuan seperti itu.

Pendekatan itu akhirnya diharamkan dalam bola sepak. Masalah alasan penggunaannya adalah untuk memanaskan tubuh.

Hujah mengatakan jika anda mudah mendapat selesema, anda bukan seorang lelaki sebenar kerana pemain sebelum ini beraksi dalam suhu di bawah paras beku dan menghisap setengah kotak rokok untuk memanaskan paru-paru dan bersemangat beraksi dengan baik pada separuh masa kedua.

Carlo Ancelotti yang dianggap sebagai pengurus bola sepak paling tenang dalam bola sepak turut memberi reaksi: "Mengharamkannya? Tidak, ia sangat sejuk."

4) But berwarna-warni berlainan
Mathieu Flamini merasakan but berlainan warna tidak memberikan sebarang masalah tetapi apakah fesyen itu benar-benar dapat diterima? 

Ia mungkin dapat membezakan kaki kiri dan kaki kanan seseorang pemain. Apapun mengenainya, ia bukan fesyen terburuk dan dianggap masih baru dalam dunia bola sepak kompetitif.

5) Cekak rambut 'Alice'

Gareth Bale? Peminat dapat menerima. David Beckham? Juga dapat diterima ramai. 

 
Persepsi terhadap gaya itu berubah selepas Joey Barton cuba meniru gaya sama. Segala-galanya menyeronokkan sehinggalah pemain kontroversi itu menggunakan cekak rambut sewaktu beraksi.

6) Kolar baju tegak
Gaya dipopularkan oleh Eric Cantona sewaktu menjaringkan gol kemenangan menentang Sunderland sebelum meraikannya dengan gaya tersendiri. 
 

Pemain Perancis itu dianggap sebagai 'raja kolar' memulakan fesyen yang menjadi ikutan jutaan kanak-kanak di serata dunia, pengunjung kelab malam serta pub dan kelab hari Ahad.

Apapun, tidak dapat dipastikan sama ada jersi berkolar Manchester United menjadikan Cantona seorang pemain legenda atau Cantona membuatkan jersi Manchester United menjadi legenda.

Malah, semua itu tidak menjadi masalah buat Cantona kerana masih mampu membuatkan dirinya kelihatan tenang biarpun mengenakan jaket kulit kolar tegak!

7) Gaya potongan rambut berubah setiap minggu

Giroud dan Sergio Aguero sering bersaing sesama sendiri bagi membuktikan siapa lebih hebat menggayakan pelbagai jenis fesyen rambut mingguan (Giroud kini mendahului) dan fesyen itu kini merebak menjadi ikutan Mathieu Debuchy, Danny Welbeck, Daniel Sturridge, Gareth Bale, Cristiano Ronaldo dan beberapa pemain lain yang turut bersaing dalam apa dianggap sebagai 'bolehkah kami terbabit dalam saingan menggunakan lebih dua gaya potongan rambut setiap minggu'?.


AGUERO

8) Seluar pendek sendat
Ramai pasti ingat kelibat Ian Rush suka memakai seluar pendek sendat. Fesyen bukanlah sesuatu dapat diterima dengan baik pada era 1970-an. Semuanya berubah pada penghujung 80-an dan awal 90-an apabila muncul fesyen memakai seluar pendek dengan cara tersendiri oleh ramai pemain bola sepak profesional.
 


9) Pengelap peluh pergelangan tangan
Pemain Newcastle, Papiss Cisse adalah antara pemain paling suka memakai pengelap peluh pergelangan tangan dengan warna jalur negaranya, Senegal dan sarung tangan berwarna hitam. 
 

Dia jarang sekali dilihat beraksi dalam EPL tanpa kedua kedua pengelap peluh pada pergelangan tangannya.
Dia mungkin bukan satu-satunya pemain dengan gaya seperti itu tetapi Cisse membuktikan apa dilakukannya terus kekal dalam bola sepak dan tidak akan hilang selama-lamanya. Ia tidak akan lenyap.
mymetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...