Sabtu, 13 Disember 2014

Kenapa Suka MENGUMPAT?

154959_176279269051751_4810010_n 
Mengumpat adalah salah satu aktiviti yang berdosa dan juga kerap kali dilakukan oleh kalangan manusia. Seeloknya, kita perlu mencela diri sendiri terlebih dahulu daripada sibuk mengumpat hal orang lain. Seperti mana Rasulullah SAW bersabda:

Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain. “

Jom kita lihat kenapa manusia suka mengumpat. Di sini, Giler Kentang ingin kongsikan pendedahan kenapa seseorang itu suka mengumpat pasal orang lain. Dan juga mungkin dapat memberi iktibar kepada diri kita semua supa menjadi seorang yang tidak lagi suka mengumpat terhadap orang lain.




KENAPA SUKA MENGUMPAT?

1) Ingin Melenyapkan Kemarahan
- Apabila marahkan seseorang, dilepaskan dengan menceritakan keburukan/kelemahan orang yang dimarahi atau didendami. Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca di sini ialah kemarahan serta dendam dalam hati.

2) Kemegahan Diri
- Dia ingin disifatkan dirinya lebih tinggi martabat, lebih megah, dan lebih mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

3) Dengki
- Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan dimuliakan. Jadi dia mencari jalan atau mengambil peluang (capitalize) atas kelemahan dan keburukan orang tersebut, agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.

4) Sebagai Hobi
- Yang ini lebih teruk. Bergurau senda untuk ketawa-ketawa yang tidak ada munafaatnya iaitu memeriahkan suasana gurau senda dengan menyebut keburukan orang lain dengan tujuan untuk menjadi bahan ketawa. Selalunya dari segi meniru perlakuan orang yang diumpati.

5) Menghina Orang Lain
- Iaitu menganggap hina, rendah/lemah terhadap  orang lain. Ini disebabkan  kerana perasaan angkuh, sifat tinggi diri yang tiada terbatas serta ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh.

Tidak terlambat lagi untuk bertaubat dari melakukan semua ini. Tidak salah untuk berubah kearah kebaikkan. Selagi pintu taubat itu masih belum tertutup, berusahalah kembali ke jalan yang benar. Setiap manusia akan melakukan kesilapan. Namun, jangan lupa perbaiki kesalahan itu.
 giler kentang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...