Rabu, 31 Disember 2014

Fakta - Apakah Itu Paedophilia?



Tadi pagi aku tengah godek-2 facebook dan ternampak satu article ' Paedophilia ' dan aku rasa terpanggil jugak untuk share tentang ni ..

Yups, benda ni memang serius, memang sangat penting untuk para ibu dan ayah  diluar sana untuk mula ambik tahu kenapa dan mengapa perkara ini terjadi ..

Apakah itu Paedophilia ?


Pedophilia or paedophilia is a psychiatric disorder   in which an adult or older adolescent experiences a primary or exclusive sexual attraction   to prepubescent children, generally age 11 years or younger. As a medical diagnosis  , specific criteria for the disorder extends the cut-off point for prepubescence to age 13. A person who is diagnosed with pedophilia must be at least 16 years of age; adolescents must be at least five years older than the prepubescent child for the attraction to be diagnosed as pedophilia.

Ini maksud yang telah dijelaskan dari sumber wikipedia. Maksudnya disini, Paedophilia itu adalah satu jenis penyakit psikiatri di mana golongan ini tertarik dengan budak-2 , secari zahirnya golongan ini sukakan budak-2, namun ianya menjadi extreme bilamana mereka tidak boleh mengawal keinginan nafsu mereka terhadap kanak-kanak.

Betul, ramai ibu-bapa diluar sana yang tidak tahu maksud Paedophilia, Sekali dengar bunyi macam keju. Tapi ini lah realitinya yang ibu-bapa kena tahu ..

Sedih bila di Malaysia, kurangnya pengetahuan mengenai masalah ini, Bagi mereka perkara ini tidak wujud dan tidak masuk akal untuk mencabuli anak kecil yang polos.
Tapi tahukah kita kemana perginya anak yang diculik, Hilang di taman permainan, dan sampai ada kanak-kanak yang meninggal hanya kerana ibu-bapa tidak alert mengenai masalah ini.

Golongan Paedophilia ini sukakan anak-anak yang comel, polos, yang boleh menaikkan nafsu mereka.
Kanak-kanak biasanya akan dipujuk diberi makan seperti gula-gula dan coklat untuk mengikuti golongan ini, Seterusnya akan diberi ancaman sekiranya mereka memberitahu kepada ibu-bapa mereka.

  
*Google

Wahai para ibu-bapa, jangan sesekali percaya pada orang luar. Kita tidak pernah tahu jika ada di antara ahli keluarga yang menghidapi penyakit ' Paedophillia ' kerana pada luarannya, golongan ini seakan normal tanpa sebarang masalah.

Dimension penglihatan orang normal dengan golongan Paedophillia ini jauh berbeza. Bagi kita yang normal, kita melihat kanak-kanak itu sungguh comel telatahnya, dan ingin dicubit-2 pipinya kerana geram .
Namun berlainan pulak dengan si ' Paedophillia ' ini, Mereka melihat aksi kanak-kanak itu sebagai pemuas nafsu mereka walaupun pada mata kasar kanak-kanak tersebut hanya bermain sendirian.

Jadi, apa tunggu lagi para ibu dan ayah , pergi google pergi baca mengenai penyakit ' Paedophillia ' ini untuk lebih faham dan tahu.

Berhati-hati bila update status or share gambar anak-anak korang tu . I know, semuanya comel-2 belaka, tapi siapa yang tahu ada golongan 'paedophillia' yang menjadi rakan media anda dan seterusnya telah mencuri privacy gambar anak-anak anda menjadi bahan koleksi pemuas nafsu.

Jangan ambil mudah perkara ini. Sebelum menjadi parah, lebih baik mencegahnya.

Ayuh kita tingkatkan kesedaran demi kepentingan anak-anak kita ..
 http://eyannfletcher.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...