Fesyen
bola sepak adalah antara elemen penting tidak akan dapat diketepikan
biarpun terdapat usaha dilakukan oleh pihak pentabdir bola sepak
antarabangsa untuk menghentikannya jika ia didapati tidak sesuai.
Sekalipun cuba diharamkan oleh FIFA, sesetengah fesyen terbabit tetap kekal dan terus diingati.
Contoh paling baik adalah gaya tersendiri penyerang Arsenal, Olivier
Giroud yang suka mengubah fesyen rambut mengikut sesuka hatinya hampir
setiap minggu.
Namun, aspek paling penting dalam mana-mana fesyen bola sepak adalah
memastikan pemain ternama memperkenalkan fesyen terbabit dan membuatkan
kanak-kanak sekolah serata dunia mengikut jejak langkah untuk meniru
gaya idola mereka.
Bagaimanapun, ada sesetengahnya tidak benar kerana penyerang Real
Madrid dan bekas pemain Tottenham Hotspur, Gareth Bale menerima bayaran
semata-mata 'melekatkan pita lilitan berwarna biru di paha' di atas
stokin setiap kali beraksi.
Andai fesyen seumpama itu memberi manfaat kepada pemain, ia boleh dianggap sebagai permainan adil dan memberi pulangan.
Apapun, mari kita lihat sembilan fesyen popular bola sepak
diperkenalkan pemain yang menjadi pencetus baru fesyen dalam Liga
Perdana Inggeris (EPL).
1) Sapuan salap berwap (vicks vapo) bahagian dada di jersi
Tiada siapa dapat mengesahkan siapa yang memulakan gaya itu tetapi
ramai mengatakan pemain tengah keramat Arsenal dan Perancis, Patrick
Vieira adalah orang bertanggungjawab mempopularkan fesyen terbabit.
Dia sering menggunakan sapuan 'vapo rub' untuk memudahkan pernafasan
sepanjang masa meskipun berehat di rumah atau menghadiri majlis rasmi.
Penggunaan salap berwap oleh Vieira menyebabkan pembuat jersi Arsenal
mengambil keputusan mengalihkan lencana meriam kelab itu daripada
sebelah kiri ke tengah dengan harapan pemain terbabit akan menghentikan
penggunaan salap berwap itu seluruh bahagian tengah jersi digunakan.
Dia tidak mengendahkannya dan terus menyapunya di atas lencana.
Bagaimanapun, tindakan Vieira berlari di belakang seseorang pemain
ketika perlawanan, tiada siapa akan berteriak 'Man On' kerana pemain
dapat menghidunya dari jarak jauh.
2) Plaster pelega hidung
Penggunaan plaster hidung oleh penyerang sensasi Liverpool, Robbie
Fowler sering menyebabkan dia menjadi bahan jenaka tetapi berubah
menjadi pujian setiap kali dia meraikan jaringan. Fowler memiliki
persamaan dengan penyerang Brazil, Neymar kerana dua pemain terbabit
kerap menggunakan plaster hidung pada satu peringkat dalam karier
mereka.
3) Selempang leher
Terdapat ramai kritikan dilemparkan terhadap penggunaan selempang
leher kerana ia seolah-olah digunakan untuk mengejek atau menjejaskan
emosi peminat bola sepak.
Sebenarnya ia bukan bertujuan seperti itu.
Pendekatan itu akhirnya diharamkan dalam bola sepak. Masalah alasan penggunaannya adalah untuk memanaskan tubuh.
Hujah mengatakan jika anda mudah mendapat selesema, anda bukan
seorang lelaki sebenar kerana pemain sebelum ini beraksi dalam suhu di
bawah paras beku dan menghisap setengah kotak rokok untuk memanaskan
paru-paru dan bersemangat beraksi dengan baik pada separuh masa kedua.
Carlo Ancelotti yang dianggap sebagai pengurus bola sepak paling
tenang dalam bola sepak turut memberi reaksi: "Mengharamkannya? Tidak,
ia sangat sejuk."
4) But berwarna-warni berlainan
Mathieu Flamini merasakan but berlainan warna tidak memberikan
sebarang masalah tetapi apakah fesyen itu benar-benar dapat diterima?
Ia mungkin dapat membezakan kaki kiri dan kaki kanan seseorang
pemain. Apapun mengenainya, ia bukan fesyen terburuk dan dianggap masih
baru dalam dunia bola sepak kompetitif.
5) Cekak rambut 'Alice'
Gareth Bale? Peminat dapat menerima. David Beckham? Juga dapat diterima ramai.
Persepsi terhadap gaya itu berubah selepas Joey Barton cuba meniru
gaya sama. Segala-galanya menyeronokkan sehinggalah pemain kontroversi
itu menggunakan cekak rambut sewaktu beraksi.
6) Kolar baju tegak
Gaya dipopularkan oleh Eric Cantona sewaktu menjaringkan gol
kemenangan menentang Sunderland sebelum meraikannya dengan gaya
tersendiri.
Pemain Perancis itu dianggap sebagai 'raja kolar' memulakan fesyen
yang menjadi ikutan jutaan kanak-kanak di serata dunia, pengunjung kelab
malam serta pub dan kelab hari Ahad.
Apapun, tidak dapat dipastikan sama ada jersi berkolar Manchester
United menjadikan Cantona seorang pemain legenda atau Cantona
membuatkan jersi Manchester United menjadi legenda.
Malah, semua itu tidak menjadi masalah buat Cantona kerana masih
mampu membuatkan dirinya kelihatan tenang biarpun mengenakan jaket kulit
kolar tegak!
7) Gaya potongan rambut berubah setiap minggu
Giroud dan Sergio Aguero sering bersaing sesama sendiri bagi
membuktikan siapa lebih hebat menggayakan pelbagai jenis fesyen rambut
mingguan (Giroud kini mendahului) dan fesyen itu kini merebak menjadi
ikutan Mathieu Debuchy, Danny Welbeck, Daniel Sturridge, Gareth Bale,
Cristiano Ronaldo dan beberapa pemain lain yang turut bersaing dalam
apa dianggap sebagai 'bolehkah kami terbabit dalam saingan menggunakan
lebih dua gaya potongan rambut setiap minggu'?.
8) Seluar pendek sendat
Ramai pasti ingat kelibat Ian Rush suka memakai seluar pendek sendat.
Fesyen bukanlah sesuatu dapat diterima dengan baik pada era 1970-an.
Semuanya berubah pada penghujung 80-an dan awal 90-an apabila muncul
fesyen memakai seluar pendek dengan cara tersendiri oleh ramai pemain
bola sepak profesional.
9) Pengelap peluh pergelangan tangan
Pemain Newcastle, Papiss Cisse adalah antara pemain paling suka
memakai pengelap peluh pergelangan tangan dengan warna jalur negaranya,
Senegal dan sarung tangan berwarna hitam.
Dia jarang sekali dilihat beraksi dalam EPL tanpa kedua kedua pengelap peluh pada pergelangan tangannya.
Dia mungkin bukan satu-satunya pemain dengan gaya seperti itu tetapi
Cisse membuktikan apa dilakukannya terus kekal dalam bola sepak dan
tidak akan hilang selama-lamanya. Ia tidak akan lenyap.
mymetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan