Mengumpat adalah salah satu aktiviti
yang berdosa dan juga kerap kali dilakukan oleh kalangan manusia.
Seeloknya, kita perlu mencela diri sendiri terlebih dahulu daripada
sibuk mengumpat hal orang lain. Seperti mana Rasulullah SAW bersabda:
“Berbahagialah seseorang yang disibukkan oleh celanya sendiri daripada melihat-melihat cela orang lain. “
Jom kita lihat kenapa manusia suka
mengumpat. Di sini, Giler Kentang ingin kongsikan pendedahan kenapa
seseorang itu suka mengumpat pasal orang lain. Dan juga mungkin dapat
memberi iktibar kepada diri kita semua supa menjadi seorang yang tidak
lagi suka mengumpat terhadap orang lain.
KENAPA SUKA MENGUMPAT?
1) Ingin Melenyapkan Kemarahan
- Apabila marahkan seseorang, dilepaskan
dengan menceritakan keburukan/kelemahan orang yang dimarahi atau
didendami. Jadi ia mengumpat mengata yang bukan-bukan. Punca di sini
ialah kemarahan serta dendam dalam hati.
2) Kemegahan Diri
- Dia ingin disifatkan dirinya lebih
tinggi martabat, lebih megah, dan lebih mulia dari orang yang diumpati
dengan menyebut kejelekan orang tersebut.
3) Dengki
- Iri hati melihat orang yang selalu
dipuji dan dimuliakan. Jadi dia mencari jalan atau mengambil peluang
(capitalize) atas kelemahan dan keburukan orang tersebut, agar orang itu
tidak lagi dipuji atau dimuliakan.
4) Sebagai Hobi
- Yang ini lebih teruk. Bergurau senda
untuk ketawa-ketawa yang tidak ada munafaatnya iaitu memeriahkan suasana
gurau senda dengan menyebut keburukan orang lain dengan tujuan untuk
menjadi bahan ketawa. Selalunya dari segi meniru perlakuan orang yang
diumpati.
5) Menghina Orang Lain
- Iaitu menganggap hina, rendah/lemah
terhadap orang lain. Ini disebabkan kerana perasaan angkuh, sifat
tinggi diri yang tiada terbatas serta ingin menganggap bodoh kepada yang
dicemuh.
Tidak terlambat lagi untuk bertaubat dari melakukan semua ini. Tidak
salah untuk berubah kearah kebaikkan. Selagi pintu taubat itu masih
belum tertutup, berusahalah kembali ke jalan yang benar. Setiap manusia
akan melakukan kesilapan. Namun, jangan lupa perbaiki kesalahan itu.
giler kentang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan