Sedekah itu adalah amalan mulia. Sedekah
dengan penuh keihklasan akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita
semua. Setiap perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Dalam
setiap rezeki yang kita perolehi itu terdapat juga hak orang lain. Jadi,
apalah salahnya jika kita berkongsi dengan yang lain.
Bercerita tentang bersedekah ini, kami terjumpa satu post lama yang dikongsikan oleh Ustaz Ebit Lew di Facebooknya. Jom baca..
Bersedekahlah kepada yang memerlukan.
Semasa kita susah dan diberi ujian, kita banyak ingat Allah.
Anak tanya kenapa ayah suka makan di kedai kurang
orang. Jawab ustaz, sebab gembirakan hati orang nanti Allah gembirakan
hati kita.
Dalam fadilat sedekah, orang yang suka memberi,
Allah akan beri hidayah kepada anak-ananya memjadi orang yang disayangi
di bumi dan di langit.
Dalam tidak sedar, ketika bersedekah kita juga membuat orang lain merasa gembira.
Semoga perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew dapat memberi
manfaat kepada semua. Jadi, sudahkah anda bersedekah hari ini? Jangan
tunggu sampai kaya baru nak bersedekah.
Sumber: FB Ebit Lew/sajakongsi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan