Apple iPad. Foto: Reuters
Lebih tebal dan berat namun paparan skrin lebih jelas berbanding skrin televisyen definisi tinggi (HDTV) dan pemprosesan lebih laju. Itulah ciri utama iPad yang baru dilancarkan oleh Apple Inc di San Francisco, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook, ketika melancarkan iPad terbaru itu berkata, “Kami membawanya ke satu tahap baru dan mendefinisikan semula kategori yang diwujudkan oleh Apple menerusi iPad asal.”
iPad baru dijana oleh cip baru dengan empat core pemprosesan bagi menghasilkan grafik lebih lancar.
Ia setebal 9.4 millimeter lebih tebal berbanding 8.8 millimeter iPad 2 dengan berat 0.64 kilogram berbanding 0.6 kilogram model sebelumnya. Ia juga mmpunyai kamera 5 megapiksel di bahagian belakang tablet itu seperti kamera pada iPhone 4S.
Ciri-ciri istimewa lain bagi iPad baru ialah dictation yang membolehkan pengguna membuka aplikasi dengan hanya menggunakan arahan suara. Ia boleh diakses melalui papan kekunci sesentuh iPad selain boleh juga digunakan dengan aplikasi lain seperti mengemas kini status laman Facebook atau Twitter.
Diperkenalkan pada harga sama dengan versi sebelumnya, iPad baru itu bakal berada di pasaran di Amerika Syarikat, Kanada, Britain, Perancis, Jerman, Switzerland dan Jepun bermula 16 Mac ini sebelum diedarkan ke 25 negara lain.
iPad baru
Paparan: Paparan Retina (2048x1536 resolusi)
Video: Rakaman video Definisi Tinggi 1080p resolusi
Internet: 4G LTE (Long Term Evolution)
Pemprosesan: a5X grafik quad-core
Ketebalan: 9.4mm
Berat: 0.64 kilogram
Ketahanan bateri: 10 jam penggunaan biasa dan 9 jam dengan penggunaan 4G
Warna: Hitam dan putih
Harga: AS$499, AS$599 dan AS$699 (Wi-Fi 16GB/32GB/64GB); AS$629, AS$729, AS$829 (Wi-Fi + 4G 16GB/32GB/64G
metro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan