Jumaat, 29 Januari 2016

9 Nasihat Tun Dr. Mahathir Untuk Rakyat Malaysia...!!!

kami kongsikan sebahagian nasihat dari negarawan tercinta yakni bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai.



9 Nasihat Tun Dr. Mahathir Untuk Rakyat Malaysia...





Sewaktu kecil, saya belanjakan wang yang diberi ibu bapa saya untuk beli buku pada hari minggu. 

Saya banyak membaca buku Bahasa Inggeris, jadi sebab itu saya fasih dalam pertuturan Bahasa Inggeris. Dari kecil lagi saya meletakkan kepercayaan tinggi, apabila kita buat berulang kali untuk sesuatu perkara, tidak dapat tidak, kita akan jadi cekap, termasuk membaca buku.

Jika anda banyak membaca, otak anda makin cekap. Apa yang anda bakal capai 3-5 tahun, adalah dari apa yang anda baca sekarang. Usah berkira untuk belanja wang ringgit untuk dapat bahan bacaan. Nilainya bukan pada apa yang kita keluarkan (wang ringgit), tetapi pada apa yang kita akan dapat nanti (ilmu).


Teruskan Selongkar...



1 tip untuk jadi pemimpin yang mulia di mata rakyat. Tahu apa yang orang bawahan mahu. Anda buat, rakyat akan suka. Saya suka pemimpin yang boleh bawa individu dari orang kebiasaan jadi orang berjaya. Selain itu, pemimpin pertama yang saya kagum dan contohi adalah Rasulullah S.A.W. Kedua, Peter The Great, pemimpin dari Russia. Dan ketiga, Nelson Mandela, pejuang kemerdekaan Afrika Selatan.


Di seluruh Alor Star, banyak kedai orang Cina. Pekan Melayu, tetapi kebanyakan yang ada adalah kedai cina. Saya tanya diri saya kenapa begini. Orang Melayu ketika itu anggap berniaga itu kerja yang hina. Dapat gaji adalah kerja mulia. Mudah kata, baru ada status, baru ada ‘style’. Saya rasa tidak sedap hati. Majoriti orang melayu, masa itu nelayan, petani. Rata – rata miskin, saya kasihan lihat mereka. Saya nampak kita perlu ubah mindset begini.



Ketika darjah 4, Jepun serang Tanah Melayu. 3 tahun saya tidak bersekolah. Masa itu saya hairan bagaimana Jepun boleh kalahkan British. Walhal ketika itu, orang Melayu kebanyakan mengandaikan sangat mustahil untuk pihak Britih kecundang, lagi-lagi di tangan Jepun. Sebab itu anda boleh lihat dimana Jepun sekarang berbanding kita. Jika mereka mahu lakukan sesuatu perkara, mereka rancang dengan strategi yang sistematik. Dari sekecil-kecil hal sehingga hal yang berat.





Untuk melakukan sesuatu perkara, lakukan dengan penuh disiplin. Contohnya untuk majlis hari ini di MMU Cyberjaya, slot saya adalah pada jam 4 petang, saya sampai sebelum pukul 4.00 petang. Dan ya, saya buktikan pada anda hari ini.




Masa Jepun kalah, British kembali semula ke Tanah Melayu. Kita orang Melayu, seronok sakan pula. British datang, kata mahu gubal cara pemerintahan, mereka rancang mahu asaskan Malayan Union, mahu jadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahan British. Secara tidak langsung, raja diturunkan pangkat, mereka akan berkuasa sepenuhnya termasuk hal perundangan. Ketika itu orang Melayu marah, baru nak marah. Ketika itu usia saya belasan tahun, saya sangat bergerak aktif. Waktu malam, saya tampal poster, protes terhadap British.




Buat kerja dengan amanah, jujur. Dahulu saya cipta slogan, “Bersih Cekap Amanah”. Kalau kita latih diri sebagai orang disiplin, dan andai kita ikuti prinsip yang dibawa slogan itu, negara kita akan maju lebih dari negara maju yang lain.




Jangan ikut keseronokan yang melampau. Sebagai contoh, orang Melayu sekarang suka jadi mat rempit dari teruskan pelajaran dari universiti. Dahulu lain, dapat tawaran universiti, kita dahulu melompat-lompat suka. Melayu sekarang perlu sedar. Tidak rajin belajar ilmu baru, anda tidak akan berjaya.



Apa yang golongan muda boleh buat untuk negara? Jawapan saya, perlu kuasai segala hal demi keluarga, masyarakat, negara. Jika hasil tidak nampak sekarang, itu kerja Tuhan, kita ikhtiar, kita mohon doa pada Dia. Yang pastinya, dengan izin Allah hasil pengorbanan kita dahulu, anak cucu kita akan hidup senang lenang. Begitu juga perihal kemerdekaan. Kemerdekaan negara pada hari ini adalah hasil pengorbanan dari nenek moyang kita pada zaman mereka.



P/S : nasihat nasihat yg berguna
selongkar10

2 ulasan:

  1. Insyallah.. akan dijadikan contoh tauladan

    BalasPadam
  2. Ya Allah jadikan aku seorang yang membanggakan kedua orang tua ku dan berjaya Dunia Akhirat..

    aammiinn

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...