ALAM kubur
merupakan alam kebangkitan setelah kita mengalami kematian. Dan, orang
yang telah mempersiapkan amal baik sewaktu hidup di dunia, sungguh ia
tidak akan pernah kebingungan dengan peristiwa kebangkitan itu. Lalu,
bagaimana dengan diri kita? apabila pada masa hidup kita membina tahajud
dan berbuat baik, maka Allah akan memberikan penerangan di alam kubur.
Jika amalan
telah kita persiapkan dengan baik ketika di dunia, ketika bangkit nanti
kita tidak seperti orang linglung yang sedang mengalami kebingungan
atas keadaan itu. Bahkan, Allah menggambarkan bagi orang-orang yang
amalnya sedikit ketika di dunia:
"Mereka
berkata, 'Aduhai, celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari
tempat-tidur kami (kubur)? 'Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha
Pemurah dan benarlah Rasul-rasul-Nya. "(QS. Yaasiin [36]: 52)
Orang-orang
yang mengalami kebingungan pada hari kebangkitan adalah mereka yang
sewaktu masih hidup tidak percaya bahawa alam kubur atau hari
kebangkitan itu ada. Mereka mengira bahawa selepas kehidupan di dunia
itu tak ada kehidupan lagi. Mereka mengira bahawa selepas kehidupan di
dunia tidak ada pertanggungjawaban.
Semoga kita
tidak termasuk ke dalam orang-orang yang kebingungan ketika hari
kebangkitan nanti. Semoga Allah perkenankan kita menatap wajah-Nya dan
Rasul-Nya.
sumber https://www.islampos.com/ detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan