Dalam rumah tangga yang dibina, mesti ada salah seorang pasangan yang
lebih mengalah walau apa pun situasi. Orang kata itu kerana sayang si
dia. Tapi macam mana kalau rasa SAYANG itu dah terlebih sampai nampak
menjengkelkan?
Ada seorang isteri muda yang risau apabila terbaca kenyataan seorang
Ustaz di FB yang mengatakan, “Suami isteri yang boleh berkekalan hingga
ke akhir hayat ialah apabila sayangnya suami kepada isteri melebihi
sayang isteri kepada suami”.
Apakah tanda-tanda suaminya itu melebihi sayangnya kepada dia?
1. Semasa naik tidur, suaminya peluk sekejab isterinya seolah-olah
untuk memanaskan dirinya seketika. Selepas itu dia berdengkur sendirian.
2. Jika dia mencium isterinya, ciumannya mendalam seolah-olah menyedut oksigen di dalam kulit pipi isterinya.
3. Suka ajak makan bersama sama ada di dalam ataupun di luar rumah dan
meminta isterinya memilih sendiri menu setiap kali membuat pesanan.
4. Tidak sabar untuk pulang ke rumah sebaik sahaja selesai tugas-tugas
resmi di pejabat atau dengan masyarakat. Ketibaannya pula dengan
senyuman meleret apabila disambut oleh isteri atau anak-anak.
5. Jika sesuatu keadaan dia terpaksa solat fardhu di rumah, dia suka isterinya menjadi makmum.
6. Suka memberi hadiah kepada isteri terutama sekali pulang daripada
“outstation” dan menunggu maklum balas daripada isteri terhadap
hadiahnya itu.
7. Jika isteri duduk disebelahnya walaupun dia pada ketika itu sedang
fokus melihat rancangan TV yang dia minati, dia akan berikan ruang untuk
isterinya menghimpit di sebelahnya dan melayan “gangguan kenakalan”
isterinya seketika.
8. Jika dia tidak penat atau tiada apa-apa kerja penting yang perlu di
selesaikan di rumah, dia akan cuba untuk membantu isterinya kerja-kerja
maskulin di rumah.
9. Dia selalu puji isterinya di mana saja dia berada atau paling
minimum dia tidak mengeji isterinya depan kawan-kawan atau sanak
saudaranya.
10. Jika isterinya membuat kesilapan, dia selalu tegur dengan
menggunakan bahasa yang tidak menyakitkan hati isterinya dengan ungkapan
seolah-olah dia hanya memberikan pandangan sahaja yang mungkin
pandangannya itu tidak benar kerana dia yakin jika ada perangai
isterinya yang dia benci, Allah minta dia bersabar dan Allah memberikan
jaminan bahawa disebalik apa yang dibenci itu, ada kebaikan yang
tersangat banyak disediakan oleh Allah.
“Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi
perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti
mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak
mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya,
kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan
bergaulah kamu dengan mereka dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu
benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu
terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,
sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan
yang banyak (untuk kamu). An Nisa:19.
Jika suami anda ada satu sahaja tanda di antara sepuluh yang
disenaraikan di atas, maknanya dia sayang pada anda....jika lebih
daripada satu, maknanya dia terlebih sayang.
SUMBER: Pak Utih/ mingguan wanita
Tiada ulasan:
Catat Ulasan