Biar betul! Bukan ke sayur-sayuran adalah makanan yang disaran untuk
orang yang mahu kurus langsing. Tak juga ya. Untuk pengetahuan tak semua
jenis sayur membantu menurunkan berat badan. Silap hari bulan berat
badan bertambah kerana pengambilan sayur yang tidak tepat.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Harvard School of Public Health,
tiga jenis sayur yang dikatakan boleh memberi kesan kepada penambahan
berat badan adalah:
1. Kentang
2. Jagung manis
3. Kacang pis
Kentang adalah antara sayuran tinggi karbohidrat yang dengan pantas
boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Begitu juga dengan sayuran
seperti jagung, kacang pis serta ubi turut mempunyai kesan yang sama.
Salah satu cara agar pengambilan kentang dan dua lagi makanan tadi
tidak memberi kesan kepada mereka yang sedang dalam proses menurunkan
berat badan adalah dengan tidak menggabungkannya dengan roti, nasi,
pasta atau sumber karbohidrat yang lain.
Untuk mereka yang berdiet juga disarankan mengambil sayuran terbaik
dalam menjaga berat badan seperti kubis dan brokoli. Selain itu
kombinasikan dengan buah-buahan pembakar lemak untuk memberi hasil diet
maksimum iaitu blueberi, epal, pir, strawberi dan kismis.
Bagi yang dalam misi menurunkan berat badan harapa ambil perhatian
tentang perkara ini maklumlah kentang selalu saja menjadi sebahagian
sajian kita sehari-hari. Boleh jadi itu juga sebab berat badan masih
tak turun-turun.
Sumber Dailymail /http://www.vanillakismis.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan