Itu yang biasa kita dengar apabila seseorang itu memasuki peringkat umur tersebut.
Kenapa 40?
Dan bukannya Life Begins At 20, 30, 50, 60 dan seterusnya?
Apa yang membezakan wanita berusia 40 dengan yang lain?
Wanita yang berusia 40an biasanya sudah berjaya dalam hidup dan kerjaya. Mereka dikatakan matang, lebih tenang, tidak tergopoh-gapah dan tidak mudah melatah.Banyak yang dipelajarinya sepanjang perjalanan menuju ke usia tersebut.
Jadi, tidak salah jika mereka ingin berkongsi 10 tips ini dengan wanita 30an.
Ini adalah antara beberapa perkara yang mereka harap mereka diberitahu semasa berumur 30an dulu!
Tips Kehidupan Wanita 30an
1. Banyakkan belajar benda baru
Biasanya pada umur 30an, wanita sudah berada dalam comfort zone dan sukar ‘melangkah’ ke dunia lain kerana selesa dengan apa yang ada.2. Tambahkan kenalan
Wanita 30an selalunya hanya berhubung dengan kawan-kawan yang sedia ada. Mereka sukar membuka ruang untuk mengenali kawan baru kerana merasakan kawan yang sedia ada sudah memadai.3. Lebihkan sifat terbuka untuk berkongsi
Jika ada masalah, wanita 30an lebih suka memendamkan rasa daripada berkongsi dengan kawan-kawan memandangkan masing-masing sudah ada komitmen tidak seperti di usia 20an, ada yang masih bujang. Sentiasa ada bff di sisi.4. Lebihkan masa untuk diri sendiri
Dalam lingkungan usia 30an, ramai wanita sudah punya keluarga sendiri. Masa banyak diluangkan untuk keluarga daripada diri sendiri.5. Luangkan masa dan duit untuk travel
Ramai wanita 30an merasakan shopping lebih bermakna daripada travel kerana faktor umur dan punya tanggungjawab pada anak menghadkan masa untuk berjalan ke tempat orang.6. Kurangkan berfikir terlalu banyak
Banyak perkara yang difikirkan oleh wanita 30an: mendidik anak-anak yang semakin membesar, memenuhi keperluan keluarga, komitmen dengan kerjaya dan banyak lagi. Kadang-kadang apabila kita go with the flow, banyak benda dipermudahkan.7. Berhenti buat perbandingan
Melalui perkembangan media sosial seperti FB, semua kehidupan kawan-kawan dapat diketahui. Elak buat bandingan kehidupan sendiri dengan mereka. Begitu juga dengan anak-anak, elak banding-membandingkan dengan anak orang lain.8.“Live to work, not work to liveâ€
Pegang pada pepatah Inggeris ini. Apabila berada di puncak kerjaya, memang mudah untuk taksub dengan karier.8. Luangkan masa dengan kerja amal
Tumpuan pada keluarga menyebabkan ramai wanita 30an kurang meluangkan masa dalam aktiviti berbentuk amal kerana merasakan ia adalah tanggungjawab komuniti, bukan individu.9. Lebih berani katakan “tidak”
Sesekali perlu tegaskan diri untuk berkata “Tidak”. Ia sebenarnya dapat memberi ruang kepada anda untuk mengenal potensi diri.Wanita 30an biasanya lebih mementingkan orang lain daripada diri sendiri.
Wahai wanita 30an,
Jangan tunggu lama untuk membuat perubahan. Takut apabila sudah memasuki angka 40, anda menyesal kerana rupanya anda banyak ketinggalan.Masa sememangnya sangat berharga!
sirap limau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan