Khamis, 28 Januari 2016

5 cabaran utama pekerja wanita di Malaysia

5 cabaran utama pekerja wanita di Malaysia
Penyertaan wanita dalam bidang keusahawanan dan tenaga kerja di Malaysia masih berdepan beberapa cabaran utama - Gambar hiasan/social.hays.com















KUALA LUMPUR: Usahawan dan tenaga kerja wanita di Malaysia masih berdepan beberapa cabaran utama terutamanya berkenaan ketidaksamarataan dalam perundangan Malaysia.

Berikut adalah lima perkara yang digariskan oleh Bank Dunia.


1. Tuntutan Pemotongan Cukai

Menurut Penasihat Pejabat Pengarah Global Indicators Group daripada Bank Dunia, Melissa Marie Johns, di Malaysia, suami dapat menuntut pemotongan cukai bagi isteri.

Walau bagaimanapun, isteri tidak boleh menuntut pemotongan cukai ke atas pendapatan bagi pasangan.


2. Tiada Jaminan Kerja

Melissa berkata perundangan Malaysia tidak memberi jaminan kerja kepada ibu yang mengambil cuti bersalin.

Beliau mendakwa di Malaysia tiada undang-undang yang menjamin ibu yang bekerja ada mendapat kembali jawatan mereka apabila kembali dari cuti bersalin.

Selain itu, perundangan Malaysia juga tidak memberi cuti menjaga anak yang dianggap penting di sesetengah negara termasuk Sweden, Croatia dan Kanada.

 Lebih banyak boleh dilakukan kerajaan Malaysia untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja 
Twitter Facebook Email Google Whatsapp

3. Pengambilan Kerja Berdasarkan Jantina

Tambah Melissa, sesetengah pekerjaan menghadkan pengambilannya kepada lelaki sahaja.

Ini diikuti dengan alasan bahawa kerja tersebut hanya dapat dilakukan oleh golongan lelaki berdasarkan beberapa faktor terutamanya kemampuan.

Melissa turut berkata perundangan Malaysia tidak melarang diskriminasi tersebut.


4. Ketidaksamarataan Pengiktirafan

Wanita Malaysia tidak diberi pengiktirafan yang secukupnya bagi kerja yang mereka lakukan.

Menurut Melissa, ini walaupun kerja mereka setaraf kerja yang dilakukan pekerja lelaki.

5. Kesukaran Menukar Kewarganegaraan Pasangan dan Anak

Perundangan Malaysia memudahkan pekerja lelaki warganegara untuk mendapatkan hak kerakyatan untuk isteri dan anak-anaknya, yang bukan bewarganegara Malaysia.

Walau bagaimanapun, Melissa berkata, ia tidak sama bagi pekerja wanita yang ingin mendapatkan kerakyatan bagi suaminya dan anak-anaknya, yang bukan berwarganegara Malaysia.

Johns membuat kenyataan berkenaan dalam pembentangan 'Doing Business Methodology Workshop' di Sasana Kijang, hari ini.
awani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...