Dalam laporan akhbar baru-baru ini heboh mengatakan kes penceraian
semakin meningkat di negara ini di mana 156 pasangan Islam bercerai
setiap hari.
Wow! Itu satu angka yang sangat tinggi dan menakutkan.
Dalam melayari rumah tangga memang banyak ketidasefahaman antara suami
dan isteri boleh berlaku. Mungkin dulu waktu bercinta semua nampak
cantik dan indah tetapi bila sudah hidup serumah baru tahu segala baik
buruk pasangan.
Tetapi bukankah pasangan suami isteri itu perlu saling melengkapi. Tak ada yang boleh jadi Mr/Mrs.Perfect 10.
Bagi yang bergelar suami isteri, masing-masing kena jaga beberapa perkara berikut supaya rumah tangga bahagia hingga ke jannah.
1. Jaga hubungan dengan Allah
Mula-mula sekali mesti utamakan Allah SWT dalam apa jua perkara. Kalau
kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga kita. Solat jangan
tinggal, lagi bagus kalau suami boleh ajak isteri solat berjemaah dan
ajar isteri bab-bab agama yang isteri tak tahu. Bukankah isteri
dijadikan daripada tulang rusuk suami, jadi memang wajiblah suami
bimbing isteri ke jalan yang diredai-Nya.
2. Jaga aib pasangan masing-masing
Islam mengajar suami isteri supaya saling jaga aib masing-masing.
Jangan terlalu 'open minded' dan urban sangat hingga aib pasangan hendak
diberitahu kepada semua orang. Kononnya, berfikiran terbuka dan mahukan
pendapat pihak ketiga. Takut-takut buruk padahnya.
3. Jangan viralkan masalah rumah tangga dalam media sosial
Facebook bukan tempat berkongsi masalah. Kalau ada masalah dalam rumah
tangga, jangan sesekali kongsi dalam facebook. Anda hanya akan
mengundang lebih banyak masalah. Tak pasal-pasal kisah rumah tangga anda
akan diviralkan oleh pihak yang hendak mengaut rating tinggi bagi
portal dan fanpage mereka.
4. Tak perlu kongsi kebaikan suami
Contoh kes, Jemah berkongsi gambar suaminya menolong membasuh pinggan
mangkuk dalam facebook dan tidak lupa 'tag' nama suaminya. Lepas itu dia
tulis komen, "Tima kasih en.hubby tolong basuh pinggan. Love you till
jannah."
Tak sampai lima minit, berpuluh komen masuk. Antara komen yang popular
"Eh sweetnya hubby you", "Untunglah ada suami rajin", "Nak cari suami
macam nilah".
Sebagai isteri sudah tentu anda akan berasa bangga dan beruntung kerana
ada suami yang rajin membantu tetapi jangan lupa ia juga boleh membuka
pintu masalah lain. Mungkin ada wanita lain yang akan 'request friend'
dengan suami anda di facebook, kemudian dia menghantar mesej peribadi
kepadanya maka terjalinlah hubungan. Lebih baik kita fikirkan kesan
buruknya berbanding menafikan ia untuk berlaku.
5. Kemas rumah bersama-sama
Tak kira sama ada isteri adalah wanita berkerjaya atau seorang suri
rumah, suami perlu membantu isteri mengemas rumah. Sebenarnya lagi
bahagia rumah tangga kalau suami isteri kemas rumah bersama-sama.
Isteri pun penat juga seharian menguruskan kerja di pejabat atau
anak-anak di rumah. Jadi, tak salah kalau suami tolong apa-apa kerja
yang patut macam membasuh pakaian (guna mesin basuh pun), melipat
pakaian, menyapu lantai rumah dan lain-lain lagi.
Janganlah jadi suami yang tipikal! Balik kerja, duduk depan tv sambil layan handphone atau main games coc. Anak-anak yang masih kecil pun isteri yang hendak uruskan. Macam mana isteri tak 'angin'.
6. Jangan komen cara kerja pasangan
Bagi si isteri pula, kalau suami jenis yang ringan tulang maka
bersyukurlah. Jangan pula komen cara kerja pasangan. Contohnya, tak suka
cara suami melipat atau menyidai pakaian.
Lagi melampau boleh pula kongsi ketidakpuasanhati dengan cara kerja
suami di facebook. Habis satu dunia tahu cara suaminya melipat atau
menyidai baju yang kononnya tidak mengikut piawaian dirinya.
7. Utamakan kewajipan
Kewajipan seorang isteri di rumah sudah pasti menjaga keperluan suami.
Jadi, kalau di rumah pastikan anda bereskan dahulu menyediakan makan
minum suami. Jangan leka sangat melayan mesej di facebook dan whatsapp
sampai suami kelaparan!
8. Ucap terima kasih
Tak susah untuk mengucapkan terima kasih tapi masih ramai yang berat
hendak mempraktiskannya. Tahukah anda, dengan ucapan terima kasih secara
ikhlas daripada suami atau isteri ia mampu membuatkan pasangan berasa
sangat disayangi.
Bukan susah pun. Suami boleh ucapkan terima kasih kerana isteri
masakkan makanan yang sedap, gosokkan bajunya atau apa sahaja. Isteri
pula ucapkan terima kasih sebab suami tolong jagakan anak, kemas rumah
dan sebagainya.
9. Selalulah memuji
Biasakan memuji kebaikan atau penampilan pasangan. Jangan sampai orang
lain yang memuji suami atau isteri anda. Suami dan isteri yang kerap
menerima pujian akan lebih menghargai pasangannya.
10. Jangan lupa peluk cium pasangan
Kajian psikologi mendapati pelukan suami isteri dapat mengurangkan
tekanan perasaan. Pelukan yang dilakukan sebelum tidur selama 10 minit
(tanpa diteruskan dengan hubungan intim) dapat melepaskan segala
perasaan negatif yang tersimpan dalam hati sepanjang hari.
Pelukan sangat diperlukan dalam hubungan suami dan isteri. Pelukan
bukan sekadar permulaan kepada hubungan intim suami isteri sahaja tetapi
sebagai hubungan perasaan dan perkongsian emosi antara suami dan
isteri.
Maka, selalulah peluk isteri dan suami masing-masing!
pama
Assalamualaikum..
BalasPadamBagus2 tips di atas...sebagai sempadan...sebagai peringatan...