Penipuan Yang Sering Berlaku Di Malaysia
dan juga kes-kes penipuan yang sering melibatkan wang ringgit yang
sering berlaku. Antara penipuan yang sering berlaku adalah kes seperti
jual beli tanah, pakej jual beli kereta dan sebagainya.
Rakyat di Malaysia khususnya terdedah
kepada bahaya penipuan yang sering terjadi kepada golongan berada.
Penipuan ini adakalanya terjadi kepada golongan kurang
berkemampuan. Sebagai contoh penipuan yang melibatkan tawaran pakej haji
dan umrah yang murah. Siapa tidak mahu jika di tawarkan dengan harga
yang murah bukan?
Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu
bijak mengenal pasti apakah penipuan yang sering dilakukan oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab ini.
JSJK Bukit Aman sudah
mengklasifikasikannya agak membimbangkan dengan taktik penipuan pula
semakin licik dan canggih. Di bawah di senaraikan 12 jenis taktik penipuan paling popular yang di gunakan oleh golongan scammer ini :
1. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus operandi: Sindiket menyamar
kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan
yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat.
Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak
wujud. Ada mangsa menyedari di tipu selepas ada di lapangan terbang dan
bersedia memulakan perjalanan.
2. Jual beli tanah
Modus operandi: Anggota sindiket
berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi di jadikan
tapak kilang atau tanah pertanian. Harga di tawarkan lebih murah
berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa di
tunjukkan geran tanah sebagai bukti dan di minta membuat pembayaran
tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah di
berikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan
tanah di tawarkan itu milik orang lain.
3. Bomoh buang sial
Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa
ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan
itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses
rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran di
tetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri
dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita di cabul dan di
tiduri.
4. Jual beli kereta
Modus operandi: Sindiket mencari mangsa
yang memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah
membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya
boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan
bank. Mangsa menyedari di tipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan
bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan,
mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak di jual, manakala anggota
sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.
5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus operandi: Menyamar sebagai wakil
syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin
menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa di tawarkan bayaran sewa
bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa di minta
menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk
memudahkan bayaran sewa dan di minta mengeluarkan semua duit simpanan
dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit di serahkan,
mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk di
kawasan kampung.
6. Menang hadiah utama loteri/menang judi ekor 4D
Modus operandi: Dalang sindiket biasanya
warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah
utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa di kawasan
awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta
mewah.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut
hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa
tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih.
Biarpun jumlah itu besar, ia di katakan jauh lebih rendah berbanding
hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai,
mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai di kehendaki.
Bagaimanapun, mangsa menyedari di tipu apabila mendapati tiket
loteri/ekor di berikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.
7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus operandi: Sindiket membeli
pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa di buat dengan
sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya
menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek di
gunakan tidak laku, manakala syarikat di maksudkan tidak wujud.
8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus operandi: Sindiket mendakwa
memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang
hendak di jual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan
kastam turut di gunakan untuk menyakinkan mangsa.
Mangsa di minta membayar sejumlah wang
sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian.
Namun, penghantaran tidak di buat dan anggota sindiket menghilangkan
diri dengan wang cengkeram.
9. Menang peraduan AF/Celcom/Maxis
Modus operandi: Menghantar khidmat
pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah
peraduan sebanyak RM9,000. Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu
bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila
wang RM9,000 yang di janjikan tidak di serahkan. Polis kesal kerana
banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang
ramai masih tidak ambil berat dan sanggup di tipu.
10. Gores dan menang
Modus operandi: Di anggotai sindiket
yang mencari mangsa di rumah, kedai atau tempat awam. Mangsa di beri kad
dan diminta menggores di atasnya untuk mengetahui hadiah di menangi.
Hadiah di janjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin
menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh
singkat, mangsa di minta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa
hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan
mangkuk yang tidak setimpal dengan wang di laburkan.
11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus operandi: Beroperansi dikawasan
luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal.
Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa di janjikan bantuan kewangan tetap
bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.
Untuk memperolehnya, mangsa diminta
mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau
membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya,
mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan
wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu di
luar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.
12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus operandi: Mangsa menerima SMS
mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000
yang diadakan di luar negara. Mangsa bagaimanapun, di minta membayar
yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu. Selepas bayaran di buat,
wang kemenangan di janjikan tidak di peroleh.
http://tokeinfo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan