Ashraf Muslim sebenarnya telah pun
bernikah buat kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan
Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu.
Perkara ini diketahui apabila Ashraf hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
Sehubungan dengan itu, Mahkamah Tinggi
Syariah di sini hari ini membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk
menarik balik permohonan kebenaran poligami. Hakim Syarie Muhamad Abdul
Karim Wahab mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000
kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman.
Apa pun selamat pengantin baru buat Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semoga perkahwinan mereka dirahmati dan diberkati.
Pesanan Abang Nara kepada Ashraf Muslim, jangan lupakan tanggungjawab anda kepada isteri pertama. Sumber KOSMO. – Beautiful Nara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan