Bennet, wanita yang
berasal dari New York dan juga Puerto Rico. "Saya juga seorang keturunan
Amerika-Afrika," ujarnya kepada onislam. "Ketika masih memeluk
Kristian, saya hanya pergi ke gereja untuk majlis-majlis khusus atau
Krismas, dan kemudian terus melakukannya lagi di tahun-tahun berikutnya.
"
Sebenarnya pengalaman
pertama berpuasa di bulan Ramadan ketika Bennet belum lagi menjadi
seorang Muslimah. "Saya telah berlatih puasa satu hari sebelum atau masa
sebelum Ramadan. Saya bangun untuk bersahur, mengingat bahawa saya akan
berpuasa pada hari itu. Tapi waktu itu bukan padabulan Ramadan. Tapi
saya tetap melakukannya ketika itu, "kenangnya.
"Saya kemudian berpuasa
dan bekerja sepanjang hari dan semuanya berjalan lancar tanpa makan.
Jadi saya mencari cabaran. Kemudian saya memutuskan 'OK, jadi saya
putuskan untuk berpuasa penuh di bulan Ramadan.' Tapi pada ketika itu
saya belum lagi menjadi seorang Muslimah. Saya berjaya berpuasa satu
bulan penuh. "
Apabila Bennet berjaya
berpuasa penuh di bulan Ramadan, Bennet merasakan seperti meraih satu
pencapaian peribadi untuk dirinya sendiri. "Saya merasakan kedamaian.
Saya merasakan sejenis cinta yang tidak pernah diberikan kepada saya
oleh ahli-ahli keluarga saya, "katanya.
Tiga minggu selepas
bulan Ramadan, Bennet memutuskan untuk masuk Islam. "Saya masuk Islam
pada 13 September 2009. Rasanya seperti hari-hari lain, tapi hari
berikutnya saya merasakan sesuatu yang luar biasa. Puasa Ramadan itu
sangat mengagumkan, "ujar Bennet.
Sepanjang Ramadan,
Bennet melawat ahli keluarganya. "Saya ingin bersama mereka. Saya telah
mengamati semua agama lain dan saya tidak mendapatkan perasaan luar
biasa, "katanya.
Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab
والله أعلمُ بالـصـواب
detik islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan