Khamis, 18 Julai 2013

MISTERI KOT - Objek Misteri Semasa Perang Dunia Kedua?

Sepanjang pasca Perang Dunia Kedua, ramai juruterbang tentere Berikatmendakwa melihat objek pelik terbang mengekori pesawat mereka. Objek pelik berbentuk bebola cahaya itu biasanya muncul secara tiba - tiba sahaja dan jumplahnya kadang kalaboleh mencapai sehingga 15 biji bebola cahaya dalam satu - satu formasi. Bebola cahaya itu akan muncul dalam cahaya berwarna putih dan akan berubah warnanya kepada merah dan oren sebelum kembali ke warna asal. Para juruterbang kemudian menggelarkan bebola ini dengan panggilan Foo Fighter!
Walaupun ada laporan dari juruterbang yang pernah melihat objek tersebut muncul di beberapa bahagian lain yang dikuasai tentera Berikat Eropah dan di kawasan yang dikuasai Jepun, Foo Fighter dilaporkan lebih kerap muncul apabila juruterbang Berikat memasuki ruang udara pihak Jerman. Beberapa juruterbang pernah mendakwa, apabila mereka bertindak mengubah haluan untuk mengelak, Foo Fighter juga akan turut mengubah haluan dan kekal dalam kedudukan relatif mereka.

Pihak Berikat menbuat tafsiran bebola cahaya Foo Fighters mungkin sebahagian dari teknologi rahsia Jerman. Ini memandangkan pencapaian saintis Jerman dan jurutera senjata mereka pada ketika agak mengagumkan. Sebagai contoh, pencapaian mereka mereka dalam teknologi rocketry (piring terbang) dan enjin tujahan pesawat adalah antara pencapaian teknologi paling maju yang superb pada zamannya. Maka, tidak mustahil juga Foo Fighters ini sebahagian dari teknologi hebat mereka. Mungkin ia kamera pengintip atau senjata anti pesawat yang aneh.


Beberapa penulis mendakwa kewujudan Foo Fighters telah mendatangkan masalah da gangguan pada radar, memaksa beberapa misi pengeboman terpaksa dibatalkan. Ada yang meepertikaikan dakwaan itu. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan. Tiada pula sebarang laporan Foo Fighters merosakkan atau mengapa - apakan pesawat - pesawat tentera Berikat dan tiada pula sebarang peristiwa berlaku sepanjang kemunculan objek ini yang boleh dihubung-kaitkan 'mereka' dengan tentera musuh. Juruterbang - juruterbang tentera Bersekutu juga pernah juga mencuba untuk mengekori Foo Fighters namun mereka gagal kerana ia akan menghilangkan diri dalam kelajuan yang amat pantas.
"A new German weapon has made its appearance on the westrn air front. It was discloded today. Airmen of American Air Force report that they are encountering silver coloured spheres in the air over German territory. The spheres are encountered either singly or in clusters. Sometimes they are semi-translucent." - New York Times on December 1944
Terjemahan petikan
"Senjata Jerman yang baru telah muncul di bahagian runag udara sebelah barat. Ia telah didedahkan hari ini. Menurut laporan juruterbang tentera udara Amerika Syarikat, mereka telah bertembung dengan objek sfera berwarna perak di ruang udara wilayah Jerman. Objek sfera ini boleh ditemui bergerak secara tunggal atau berkumpulan. Kadang kala ia bersifat separa lut cahaya."
Tidak ada sebarang kata sepakat dan persetujuan di sebalik fenomena aneh Foo Fighters sehingga ke hari ini. Namun, pendapat yang rata - rata menjadi bualan umum adalah Foo Fighters merupakan makhluk angkasa lepas atau mungkin kapal peninjau mereka yang dikendalikan dari jauh.
Pendapat bahawa Foo Fighters adalah sebuah senjata anti pesawat ciptaan Jerman pula disangkal. Jika benar ia dicipta untuk mendatangkan kemusnahan, sepanjang kemunculannya, tiada pula sebarang laporan kemusnahan pada pesawat tentera Berikat. Ada yang mendakwa ia adalah sebuah senjata yang masih di peringkat prototaip yang mana penggunaannya hanya terhad untuk menjejaki musuh.
Jika benar Foo Fighters ini senjata rekaan Jerman, sudah pasti salah satu dari mereka ini berjaya menemuinya. Beberapa pendapat mengatakan perang dingin antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet yang dicatat tercetus akibat konflik ekonomi, tekanan ketenteraan dan konflik politik hanyalah 'penyebab perang yang direka mereka' kerana perang dingin itu sebenarnya hanya demi menjaga kepentingan teknologi masing - masing, teknologi yang diperoleh dari Jerman.
Berdasarkan teknologi aeroangkasa Jerman yang maju pada era itu, berkemungkinan besar wujudnya senjata seakan Foo Fighters serta senjata - senjata rahsia lain dan secara terang - terangan tercatat dalam sejarah bahawa Kesatuan Soviet dan Amerika merampas segala teknologi ciptaan para saintis Jerman ketika mereka berjaya menawan Jerman. Adakah mereka benar menemui teknologi Foo Fighters tidak pula dapat dipastikan namun apa yang diketahui, Jerman mampu menbangunkan sebuah pesawat prototaip mirip piring terbang melalui teknologi yang dimiliki mereka pada era perang dunia kedua. Tidak mustahil untuk mengatakan bahawa piring terbang atau sinonim dengan nama UFO yang seringkali dikaitkan dengan makhluk angkasa lepas sebenarnya ciptaan dari salah satu kuasa besar ini hasil dari rekaan asas Jerman yang dirampas.  

Sumber: KoleksiCeritaBest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...