Isnin, 1 September 2014

Cinta Lebih Indah Tanpa Tekanan

  

Tidak dinafikan, saat bercinta juga boleh memberikan tekanan apabila timbul perselisihan faham. Namun begitu, ada beberapa perkara yang boleh anda elakkan semasa bercinta agar tidak berlaku tekanan iaitu:


Jangan terlalu serius dalam perhubungan

Sikap yang terlalu serius, tidak fleksibel dan terlalu mengawal boleh menimbulkan ketegangan. Relaks dan cuba nikmati setiap detik dengan lebih bermakna.





Elakkan terlalu mengawal perasaan pasangan anda

Ini boleh menimbulkan kebosanan dan konflik. Kepercayaan antara satu sama lain menjadi asas dalam perhubungan.


Jangan meletakkan kebahagian anda di tangan pasangan anda semata-mata

Menurut Abraham Lincoln, kebahagian terletak kepada cara seseorang itu berfikir. Kesilapan yang berlaku boleh menambahkan kelemahan individu. Tetapi, jika individu berfikiran positif, kehidupan akan lebih gembira dan bahagia.


Jangan mengharapkan pasangan memenuhi segala impian dan kehendak

Pasangan anda tidak bertanggungjawab dalam menjamin kebahagian anda. Tetapi bagi pasangan yang bahagia, mereka bersedia untuk berkongsi segalanya dan tidak memaksa untuk mencapai impian.


Jangan pendam perasaan

Sesetengah pasangan cuba mengelak untuk membincangkan konflik yang dihadapi. Kegagalan ini akan merumitkan lagi keadaan dan mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati selagi tidak diubati.


 http://wwwsaja-saja.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...