ALOR SETAR - Kerajaan negeri sentiasa perihatin dalam semua masalah termasuk mengenai kos perkahwinan yang membebankan dan kadang kala mengakibatkan pasangan yang ingin berkahwin terpaksa menanggung hutang yang tinggi.
Berucap merasmikan Program Mahligai Sejahtera di sini, Menteri Besar, YAB Dato’Seri Ustaz Azizan Abdul Razak melahirkan perasaan gembiranya kerana dapat membantu meringankan bebanan pasangan pengantin dan keluarga mereka masing-masing.
“Inilah visi kita, dalam merealisasikan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’. Kita berusaha meringankan bebanan khususnya kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk menyempurnakan tuntutan fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
“Kita tidak mahu kekangan kewangan menjadikan mereka membatalkan niat untuk berkahwin sebaliknya menjadikannya sebagai alasan untuk hidup bebas dan melakukan dosa,” jelasnya.
Menurutnya, kerajaan negeri dalam belanjawan 2012 telah memperuntukan lebih dari RM1 billion untuk pembangunan negeri dalam pelbagai aspek termasuk untuk kekeluargaan, kemasyarkatan, pendidikan, kemiskinan, ibu tunggal dan lain-lain lagi.
“Kalau boleh kita hendak kembangkan lagi peserta Mahligai Sejahtera ini kepada semua kaum agar nikmat ini dapat dirasai dan dikongsi bersama tapi kerana masalah tradisi dan adat, kebanyakan mereka tidak dapat menyertai bersama-sama kita,” celahnya.
Katanya lagi, Islam menggalakkan perkahwinan yang bermatlamat melahirkan masyarakat yang patuh kepada Islam. Nabi Muhammad SAW menggalakkan perkahwinan diadakan dalam bulan Syawal namun pada masa sekarang, kekangan waktu menjadi faktor utama. Kebanyakan masyarakat di Malaysia melangsungkan perkahwinan di musim cuti persekolahan.
“Matlamat perkahwinan untuk mencari ketenangan. Kesefahaman antara pasangan masing-masing sangat penting. Suami perlu faham kehendak isteri dan isteri kena faham kehendak suami.
“Ujian ketika mengandung terutama semasa isteri sedang ‘alah’, sangat-sangat memerlukan kerjasama dan perhatian yang sewajarnya dari suami,” nasihat beliau.
Beliau mengingatkan perkongsian hidup suami isteri ini perlulah ditunjangi dengan pegangan agama. Apabila masing-masing dikurniakan anak, menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa untuk menjadi pembimbing agar mereka menjadi anak yang soleh dan solehah. Anak-anak yang dilahirkan fitrah, menjadi tanggungjawab kedua ibu bapanya untuk mencorakkannya samada menjadi Nasrani atau Majusi.
“Dalam hadis Nabi ada mengatakan, setiap kita ini adalah pengembala yakni pemimpin atau penjaga. Penjaga paling utama adalah ketua negara, seterusnya para suami yang bertanggungjawab keatas ahli keluarganya dalam setiap sudut.
“Seterusnya isteri, bertanggungjawab menjaga hak suami, tidak boleh melakukan perkara yang tidak disukai suami dan tidak boleh mengizinkan orang lain masuk ke rumah semasa ketiadaan suami.
“Dan akhirnya pekerja, yang bertanggungjawab menjaga harta majikannya.Inilah konsep gembala yang dianjurkan Islam kepada kita,” jelasnya.
Sambungnya lagi, perkahwinan menjadi penyelamat kepada pergaulan bebas yang mengundang banyak masalah, antaranya sumbang mahram, pembuangan bayi dan lain-lain masalah sosial. Perkahwinan dapat menyelamatkan diri dari maksiat dan seterusnya dapat menjadi agen membangunkan insan.
“Dulu kalau anak teruna nak kahwin, ayahnya akan tanya, anak dara tersebut boleh baca Yaasin ke tidak. Tetapi sekarang kita lebih suka tanya, belajar universiti mana? kerja di mana?.
“Bukan apa, kalau boleh baca Yaasin, nanti bolehlah menantunya bacakan Yaasin ketika dia sakit,” guraunya mencuit hati hadirin.
Beliau seterusnya mengharapkan penyertaan Program Mahligai Sejahtera tersebut akan meningkat jumlah penyertaan sehingga 100 pasangan untuk tahun yang akan datang.
Program berkenaan telah diadakan di Dewan Seri Mentaloon dan disertai oleh 50 pasangan pengantin dari seluruh daerah di Negeri Kedah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan