Isnin, 28 November 2011

5 Cara Untuk Katakan ‘TIDAK’ Terhadap Ibubapa


Masa- Anda seharusnya bijak untuk mencari masa yang sesuai untuk menerangkan sesuatu ketidaksetujuan itu. Ini adalah kerana untuk menerangkan sesuatu dan untuk memberikan ibubapa anda kefahaman mengenai sesuatu perkara ia akan mengambil masa. Sebagai contoh, sekiranya ibubapa anda sedang dalam keadaan marah, tunggu sehingga kemarahan mereka reda sebelum anda membentangkan hujah anda. Perbincangan yang dipengaruhi emosi kebiasaannya akan menghasilkan keputusan yang mengecewakan.
Beri alternatif lain- Ketika anda sedang cuba memberikan penerangan terhadap ibubapa, jangan lupa untuk memberi alternatif lain. Cuba elakkan daripada menerangkan sesuatu masalah itu dengan panjang lebar kerana ia akan merumitkan lagi keadaan. Lebih fokus untuk menerangkan apa yang anda ingin buktikan kepada mereka. Sebagai contoh, ibubapa anda menghalang anda daripada menceburi bidang kerjaya yang anda minati, fokuskan penerangan anda terhadap matlamat yang anda ingin capai di dalam kerjaya pilihan anda.
Lakukan perbincangan secara peribadi- Anda perlu faham, lumrah manusia yang lebih berusia pasti perasaan ego mereka lebih tinggi. Untuk menyampaikan sesuatu penerangan, anda tidak perlu untuk menyampaikannya dihadapan semua adik beradik yang lain. Cuba lakukan perbincangan secara bersemuka. Dikhuatiri sekiranya anda cuba untuk menerangkan di hadapan adik beradik lain, anda pula dianggap seolah-olah lebih pandai daripada mereka untuk memberikan pengajaran. Perkara ini anda perlu elakkan.
Elakkan penerangan yang terlalu terperinci- Penerangan yang anda berikan biarlah ringkas tetapi padat. Seperti yang sudah dinyatakan, lebihkan fokus untuk menerangkan matlamat yang anda ingin capai berbanding menceritakan sesuatu masalah itu dengan lebih panjang lebar. Ini adalah kerana anda perlu faham prinsip  emosi manusia. Seseorang yang didalam emosi kemarahan, kesedihannya atau pelbagai emosi negatif lain kebiasaannya akan memberikan fokus terhadap sesuatu kata-kata yang indah berbanding perkara yang akan merungsingkan mereka lagi. Penerangan secara ringkas dan padat adalah jalan terbaik.
Pertimbangan- Sebelum anda melakukan sesuatu pembangkangan, anda seharusnya terlebih dahulu memikirkan pro dan contra terhadap sesuatu masalah itu. Jangan sesekali melakukan pembangkangan tanpa anda sendiri tidak tahu kebaikan atau keburukan sesuatu keputusan. Sekiranya anda sudah betul-betul yakin dengan keputusan yang ingin anda lakukan, barulah anda cuba untuk memberikan penerangan terhadap ibubapa. Seseorang tidak akan mampu untuk memberi kefahaman kepada orang lain sekiranya mereka sendiri tidak faham mengenai sesuatu perkara itU
uptomu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...