Pada kawan2 yg nak masak ayam kuzi ni tapi takde perencah kuzi, bolehlah cuba resepi ni..mmng menjadi dan sedap..kalau tak percaya, anda cubalah sendiri. Kalau nak tumis perencah tu pun boleh tak jadi masalah...anda cuba, anda juga yg tau hasilnya...betulkan..kan..Jom semak resepinya.
Bahan A
- 1 ekor ayam- di potong 12, cuci dan toskan
- 3 ulas bwng putih tumbuk dan sedikit kunyit utk goreng ayam
- 3 sudu besar minyak sapi
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan kismis hitam
- 1 1/2 cawan bawang goreng
- 1/2 cawan badam cincang
- 3 sudu makan tomato puri
- garam dan gula secukup rasa
- minyak secukupnya utk goreng ayam
- 20 tangkai cili kering/ 1 cawan cili kisar
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 3 biji buah keras
- 2 sudu makan ketumbar*
- 1 sudu makan jintan manis*
- 1 sudu makan jintan putih* (* di sangai dan kisar kering)
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 btng kulit kayu manis
- 3 biji buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- 5 tangkai bunga cengkih
- Bersihkan ayam. Gaulkan garam , kunyit dan bawang putih tumbuk. Goreng hingga kekuningan pada kedua-dua bahagian dan angkat.
- Masukkan ayam ke dalam periuk, masukkan semua bahan A , bahan kisar dan bahan B.
- Tutupkan periuk dan masak dengan api yang kecil. Masak hingga ayam empuk.
- Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Boleh tambah buah tomato yg di belah 6.
- Sekiranya dah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
- Sedap di makan bersama nasi kegemaran.
HAI, MOHON IZIN UNTUK GUNAKAN GAMBAR DI ATAS
BalasPadam