20 Fakta Menarik Mengenai Gajah
- Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tak boleh melompat
- Gajah mempunyai kadar dengupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 dengupan seminit (ada yang kata 27)
- Seekor gajah boleh hidup sehingga usia 70 tahun tapi ada juga yang lebih dari itu
- Gajah boleh belajar sehingga 60 jenis arahan yang berlainan
- Gajah boleh minum sehingga 80 gelen air sehari, kira-kira bersamaan 302.832943 liter (kita nak minum 8 gelas pon dah mencungap haha)
- Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu masa bersamaan 9.46352946 liter
- Pada tahun 1916 seekor gajah dibicarakan dan dihukum gantung atas kesalahan membunuh di Erwin, Tennessee (United State)
- Pada Perang Duni ke 2, bomb pertama yang dijatuhkan oleh tentera bersekutu ke atas Berlin telah membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin
- Gajah adalah haiwan kebangsaan negara Thailand.
- Gajah liar boleh makan sebanyak 100-1000 pound tumbuh-tumbuhan dalam sela masa 16 jam.
- Gajah boleh mengeluarkan tahi sebanyak 80 pound dalam satu hari
- Berat gigi gajah boleh mencapai sehingga 3kg
- Hanya gajah, dolphin dan beberapa jenis monyet yang boleh mengecam muka mereka di dalam cermin
- Gajah boleh berlari sehingga 24mph tapi pada jarak yang singkat
- Gajah hidup dalam kumpulan (kawanan) atau dalam bahasa Inggeris disebut herd yang hanya ada ibu dan anak-anak gajah sahaja
- Bapa gajah akan meninggalkan kumpulan apabila usia mereka mencecah 12 tahun
- Gajah tidur berdiri
- Tapi ada juga anak gajah yang mampu tidur berbaring (mungkin sebab mereka belum tahu lagi mereka tu gajah.. hahaha)
- Gajah menyejukkan badan dengan mengipas-ngipas telinganya. Perbuatan ini akan menyebabkan darah di bahagian telinga menjadi sejuk dan darah tersebut akan mengalir ke seluruh badan gajah dan menyejukkan gajah tersebut
- Gajah boleh mengandung sehingga 2 tahun dan ini merupakan tempoh kandungan paling lama bagi haiwan di darat
Cisdel.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan