Jumaat, 4 Mei 2012

Khasiat Lobak Putih


Selain lobak merah, lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.




Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema. Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limfa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Jus lobak putih mampu memulihkan rasa sendat, buang angin, dan mampu mengubat jangkitan pada hempedu. Ia lazimnya dicampur dengan sedikit madu. Tambahkan sedikit jus limau nipis untuk menambah kandungan vitamin C. Ini dapat membantu badan menyerap kalsium dengan lebih mudah. Ada kawan saya yang mengidap batu karang mengamalkan meminum jus lobak putih setiap hari. Katanya selepas meminum jus tersebut badannya merasa lega dan sekarang masalah batu karang yang dihadapinya semakin berkurang.

Sebenarnya nasihat ini tidak betul. Ini kerana sekiranya terkena sakit batu karang, anda perlu makan makanan yang kaya dengan kalsium. Ini kerana kalsium dalam makanan akan bergabung dengan oxalate dalam sistem penghadaman menghasilkan kalsium oxalate. Ia menghalang oxalate dari diserap. Oxalate adalah bahan yang bergabung dengan kalsium dalam ginjal dan membentuk kalsium oxalate (batu karang). Jadi kalsium membentuk yang bergabung dengan oxalate dalam sistem penghadaman membantu menghalang pembentukan batu karang dalam buah pinggang.

Jadi kalau dipegang dari fakta ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa jus lobak yang kaya dengan kalsium mampu menghalang batu karang dari terbentuk dalam ginjal. Jadi, amalan yang dilakukan oleh kawan saya itu memang benar-benar dapat memabantu memulihkan dirinya dari penyakit batu karang.
tanamsendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...