Cara untuk mengatasi rambut berminyak adalah seperti berikut:-
1- Jangan mencucinya setiap hari. Semakin bersih rambut, semakin mudah
pula minyak terserap ke dalam helaian rambut tersebut sehingga menjadi
sukar untuk dibersihkan. Pastikan anda mencuci rambut sehingga bersih
dari kotoran dan ditanggalkan dengan sempurna.
2- Gunakan Syampu yang mempunyai pH ringan yang seimbang dan semampu
mungkin elakkan pemakaian pelembab pada bahagian pangkal rambut. Sapu
hanya pada bahagian tengah dan hujung rambut sahaja.
3- Elakkan makan makanan berminyak dan berlemak dalam menu makanan sehari-hari, dan banyakkan makan sayur-sayuran.
4- Kemungkinan sudah tiba masanya untuk kita menggantikan syampu.
Berjumpalah dengan pendandan rambut anda dan ikut apa yang disarankan.
Sebaik mungkin elakkan produk untuk mengilatkan rambut seperti syampu dua dalam satu dan serum untuk kerinting halus.
rosmarieza2010.blogspot
Tiada ulasan:
Catat Ulasan