Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua pembaca nukilan Kasih
Suci? Alhamdulillah Kasih Suci baru sembuh dari demam teruk akibat
jangkitan kuman yang melemahkan badan KS sehingga tak mampu bangun
selama seminggu lebih lamanya. Kini KS kembali bersama kalian dengan
tips – tips yang mungkin berguna buat panduan kita semua.
Apabila lelaki marah, apakah yang perlu
kita lakukan? berdiam diri, menjawab dan jelaskan kedudukan sebenar atau
bagaimana? sebelum kita melakukan sesuatu tindakan perlu kita kenali
sikap lelaki tersebut terlebih dahulu. Ada sesetengah lelaki apabila
mereka marah mereka tidak suka kita menjawab kerana pada mereka itu
adalah kurang ajar dan biadab. Ada pula jenis yang mahukan kita menjawab
serta menjelaskan kerana pada mereka jika berdiam itu umpama kita tidak
mengendahkan amarahnya. Maka sebelum mengambil tindakan harus kenali
siapakah mereka dan bagaimanakah mereka mengendalikan amarah mereka.
Jika mereka jenis yang suka kita diam tidak
salah berdiam diri dan mengalah terlebih dahulu. Jika dia telah reda
amarahnya barulah jelaskan kedudukan sebenar dan berbincang dengan elok.
Jika sebaliknya pandai-pandailah menghadapi amarah lelaki kerana angin
lelaki sangatlah berbaur dengan sedikit baran dan ego. Silap haribulan
kita boleh terbang dibuatnya..
Lembutnya wanita mampu mencairkan amarah
lelaki. Berfikirlah secara aman dan matang sebelum berdepan dengan marah
lelaki. Mengalah tak bererti kalah. Bertolak ansur mampu memberi ruang
untuk lelaki berfikir dengan tenang dan mereka akan lebih menghargai
kamu jika kamu menghargai mereka walau kadang kala amarah mereka
melukakan hati kita, namun tiap kelemahan yang ada jadikan ia sebagai
penguat dalam sesuatu perhubungan itu untuk mencapai kebahagiaan yang
hakiki…insyaAllah.
ammarblog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan