Kita harus sedar bahawa kita manusia adalah setinggi-tinggi makhluk Allah di muka bumi ini. Kesedaran ini janganlah sampai membawa kita terlupa bahawa kita juga boleh jatuh menjadi serendah-rendah makhluk jika tersalah mengemudikan bahtera hidup ini. Ini sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya manusia Aku cipta dalam sebaik-baik kejadian. Lalu Aku jatuhkannya menjadi serendah-rendah makhluk; kecuali mereka yang beriman, beramal soleh. Mereka mendapat ganjaran yang tidak putus-putus"
Manusia menjadi mulia kerana sifat kemanusiaannya
yang berteraskan kekuatan fikiran dari otak. Malang sekali jika
disalahgunakan kecerdasan fikiran ini untuk merosakkan kemanusiaan itu
sendiri sehingga menjadi kebinatangan.
Akal yang ada pada manusia telah menjadikan kita makhluk yang mulia, berbudaya dan mempunyai tamaddun yang boleh dibanggakan. Manusia mampu mencipta pelbagai alat moden yang canggih-canggih untuk keperluan mereka. Dengan akal juga, manusia dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk. Oleh kerana kemampuan akal inilah maka manusia menjadi makhluk yang paling tinggi dibandingkan dengan haiwan, tumbuhan dan makhluk-makhluk lain.
Walaupun akal satu unsur mulia dianugerah kepada manusia, namun ia sering disalahguna sehingga menyebabkan berlakunya pelbagai kerosakan seperti pergaduhan, rompakan, fitnah, rasuah dan penipuan sama ada di peringkat atas maupun rakyat biasa. Sejarah telah melihat kejatuhan sesuatu tamaddun atau bangsa itu adalah kerana manusia sendiri menggunakan kebijaksanaan akalnya untuk melakukan segala bentuk kejahatan dan penindasan sesama mereka. Mereka sanggup melakukan kezaliman dan penindasan semata-mata untuk menjaga kepentingan sendiri dan kumpulannya. Gejala kronism dan nepotism adalah contoh manifestasi penyalahgunaan akal dalam mengurus diri dan masyarakat.
Apabila akal yang sepatutnya diletakkan di satu kedudukan yang tinggi dikorbankan untuk sesuatu kepentingan diri, maka tepatlah apa yang difirmankan Allah bahawa manusia akan terjun menjadi serendah-rendah makhluk, bahkan lebih rendah daripada haiwan yang melata. Manusia begini adalah ibarat bangkai manusia; jasad berlembaga manusia tetapi mempunyai pekerti seperti binatang. Maruah kemanusiaan yang ada pada diri tergadai kerana menurutkan nafsu yang menjadi musuh kepada akal.
Jadi, satu persoalan timbul bagaimana seharusnya kita menjaga akal kita supaya kemanusiaan kita tidak bertukar dari taraf setinggi-tinggi makhluk kepada taraf serendah-rendahnya? Untuk menjelaskan presoalan ini, kita semestinya kembali kepada persoalan siapa yang menjadikan kita dan akal kita. Ringkasnya, manusia mestilah kembali kepada Allah, beriman serta mengabdikan diri semata-mata kepadaNya. Manusia tidak akan sempurna setakat mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang sekular dan mempunyai kepakaran yang tinggi dalam teknologi IT atau seumpamanya tanpa disertai dengan keimanan yang teguh terhadap Allah.
Kepercayaan dan keimanan kepada Allah adalah menjadi kesedaran yang tertinggi dan menjadi paksi segala kesedaran dan anutan. Ia akan membangkit atau mendorong manusia melakukan amalan yang baik seperti yang dituntut oleh Allah. Di samping itu pada masa yang sama manusia akan menjauhkan diri dari melakukan sebarang perkara mungkar yang boleh menyebabkan kemurkaan Allah.
Apabila seseorang mengaku beriman kepada Allah, hendaknya bukanlah setakat ucapan lahir saja. Ia mesti disertakan dengan tindakan untuk membuktikan kepercayaan itu adalah benar. Selain mempercayai Allah itu ada (wujud) dan Dia adalah pencipta segala yang ada di alam ini, kita harus sedar bahawa Allah adalah pentadbir alam yang menyusun atau mentadbir segala-galanya. Allah sentiasa dalam keadaan sedar mengawasi diri kita setiap saat sama ada yang zahir maupun yang batin. Dia tidak pernah lalai malahan setiap sifat-sifat kesempurnaan ada pada diriNya. Kita juga harus sedar setiap tindakan kita dalam pemerhatian Allah dan kita akan dipertanggungjawapkan di akhirat kelak atas apa yang kita buat sama ada yang besar ataupun yang kecil. Perbicaraan di akhirat adalah maha adil di mana semua anggota badan kita akan menjadi saksi di atas perlakuan kita di dunia ini. Di sana kita dibicara sama ada kita menggunakan akal kurniaan Allah itu untuk kebajikan atau sebaliknya. Mereka yang menang akan ke syurga dan yang kalah akan diseret ke neraka.
Oleh sebab pentingnya akal, sayugia bagi kita menggunakan akal itu untuk tujuan kebaikan. Sebaliknya jika manusia masih membuat bohong, fitnah, mencuri, memukul, rasuah, zina dan lain-lain kejahatan, ingatlah bahawa Allah tetap memerhatikannya dan akan memberikan hukuman yang setimpal dengan kejahatannya.
Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan bahawa akal yang kita miliki itu dapat membawa kepada keredhaan Allah. Hanya dengan keimanan kepada Allah sahaja yang dapat menyelamatkan diri kita daripada ditimpa kemurkaan Allah. Insyallah bangsa dan negara kita akan selamat jika pemimpin dan rakyat kembali kepada Allah. Ikutlah landasan yang ditetapkan oleh Allah. Gunakan akal dan fikiran untuk meraih keredhaan Allah dan bukan kemurkaanNya. Ingatlah pesanan ulama: sekiranya timbul perselisihan di muka bumi ini, kembalilah merujuk kepada Islam. Islam adalah agama yang lengkap dan tinggi; tiada satu agama yang dapat menandingi kesempurnaan Islam. Mengapa kita berdegil menjauhkan diri daripada kebenaran? Adakah undang-undang lain lebih syumul dari Islam sendiri?
Adakah kita kata masih beriman kepada Allah sedangkan perlakuan kita jauh lari dari kebenaran. Baliklah kita ke pangkal jalan jika sudah tersesat di hujung jalan. Allah masih menerima taubat kita selagi nyawa belum sampai ke halkum. Lihat apa berlaku kepada Firaun yang bertaubat setelah nyawa akan berpisah dari jasad? Allah tidak menerima taubatnya dan memasukkannya ke dalam neraka yang amat dahsyat seksaannya. Memadailah ini menjadi ingatan kepada kita. Semoga Allah selamatkan kita dan generasi kita dari ditimpa dari azab yang pedih ini. Amiinn.

kredit: haikal amri moh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan