Suatu
hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang
melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior
yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa dengan
sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah
ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang
meninggalkan barang penyelidikan di dalam perjalanan akan dihukum.
Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan mengumpulkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana pelajar yang telah lalai dan meninggalkan pisau lipatnya.
"Siapa yang kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?!!" tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..
"Ayuh cepat!! mengaku aje la.. lagi pun sebenarnya aku dah tau siapa pemilik pisau lipat ni sebab namanya terukir kat sini.. Tapi aku nak kejujuran korang semua untuk mengaku!!!"
Masih tidak ada jawapan dari para pelajar lain..
"Kalau tak ada yang jujur nak mengaku salah, aku akan panggil nama pemilik!!!"
http://zamrispoon.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan