Isnin, 29 April 2013

Ketahui 5 NIKMAT BERJEMAAH

Jemaah khusus yang mempunyai organisasi, sistem serta manhaj perjuangan yang tersendiri itu hanya bersifat lokal.  Apa-apa dan di mana-mana sahaja jemaah lokal itu bertapak, semuanya bernaung di bawah prinsip jemaah global umat Islam.

nikmatnya-berjemaah 

Di antara nikmat berjemaah adalah seperti berikut:




1) Allah sayang kepada Muslim yang saling menyayangi

“Ada tujuh golongan yang Allah lindungi pada hari yang tiada perlindungan lain selain perlindungan Allah.  Antaranya dua orang yang saling mencintai kerana Allah.  Mereka bertemu dan berpisah keranan-Nya”.  (Riwayat al-Termizi).

2) Asas kekuatan seorang Muslim

“Seorang Mukmin terhadap Mukmin yang lain seperti bangunan yang sebahagiannya menguatkan sebahagian yang lain”. (Riwayat Muslim).

3) Keberkatan Allah bersama jemaah

“Makanlah secara beramai-ramai dan jangan makan secara bertaburan.  Sesungguhnya keberkatan itu bersama jemaah”. (Riwayat Ibn Majah).

4) Kerja yang sukar menjadi senang

“Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu sekumpulan manusia yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat makruf dan melarang perbuatan mungkar.  Mereka itulah orang yang mendapat kejayaan”. 8Suran Ali ‘Imran 3: 104).

5) Kerja berkumpulan menyihatkan

Di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah, satu terapi digunakan untuk mengubati pesakit yang tertekan atau mengalami kekecewaan yang parah. Mereka diarahkan untuk saling bercerita dan mendengar pengalaman masing-masing di dalam kumpulan.  ternyata ramai yang sembuh melalui terapi tersebut.
*Banyaknya Nikmat Allah*  Ustaz Azhar Idrus

Wallahu’alam.

Sumber: solusi 54 (Ketahui 5 NIKMAT BERJEMAAH).
 http://blogkamek.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...