Isnin, 1 April 2013

[Lawak] Keluhan seorang posmen

"Untuk menjadi seorang posmen,bukan muka hensem yang jadi ukuran,tapi ketabahan dan kecekalan hati yang lebih penting kerana untuk menjadi seorang posmen, Banyak halangan yang perlu ditempuh seperti..." kata seorang posmen dengan penuh berwibawa





- "Alamat rumah yang dibagi tak lengkap kami tidak didatangkan dengan sistem GPS,seceruk mana pun alamat.kami tetap kena hantar tapi korang letak la alamat biar la betul-betul.ini tidak... tulis poskod macam nak tulis nombor pin bank"

- "Kitorang tak marah kalau tuan rumah nak bela anjing, nak bela harimau sekalipun kitorang tak kisah tapi ikat la menatang tu jauh-jauh. ini ikat kat peti surat. dibuatnya kami ada sakit jantung ,mati sebab kena salak anjing. kalau rantai tu putus, anjing tu kokak kami korang nak bertanggunggjawab"

- "Orang lain pun bercinta jugak, tapi jangan la sampai habs lenjun surat,korang letak minyak wangi.habis rosak surat-surat yang lain

- "Kami ni kerja hantar surat,yang korang beriya-riya marah kat kitaorang kalau dapat surat dari bank mintak hutang apa hal pulak? pegi la marah bank.kitorang tolong hantarkan aje.."

- "Berpanas, hujan ,ribu petir...semua cukup. korang tak tau,apa yang kitorang rasa masa nak hantar surat.yang korang tau surat sampai je kan? penderitaaan kitorang sorang pun tak pernah tanya masa dapat surat...sedih kami"

- "Sekarang ni ada yang mengaku jadi posmen budak-budak pulak tu,siap dapat upah aiskrim kalau hantarkan surat kat boypren atau girlpren diorang. lepas tu salahkan posmen kalau cinta dia tak terbala, apadaaa.....
 http://mytrueinfo.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...