Ahad, 1 September 2013

9 Makanan yang mirip organ Badan Dan Fungsinya

Cendawan - Telinga
 
Cendawan dikatakan baik untuk fungsi pendengaran kerana ia mengandungi vitamin D yang mampu menguatkan tulang kecil pada telinga.
 
 
 
 

Anggur - Paru-paru

Alveoli pada paru-paru amat mirip dengan buah anggur bukan? Buah ini dikatakan dapat mengurangkan risiko kanser paru-paru selain dapat menjauhkan penyakit asma akibat daripada alergi.


Tomato - Jantung

Tomato mengandungi lycopene yang mampu mengurangkan risiko penyakit jantung selain beberapa penyakit kanser yang lain. Satu penyelidikan di Amerika mendapati wanita dengan lycopene yang tinggi dalam darah mempunyai risiko serangan jantung 30 peratus lebih kecil berbanding dengan wanita yang memiliki kadar lycopene yang rendah.

Kacang Walnut - Otak

Kacang walnut mengandungi lemak omega 3 yang mengurangi risiko penyakit dementia selain dapat mencegah penyakit Alzheimer.


Lobak - Mata

Betacarotene yang terdapat di dalam lobak dapat mengurangkan risiko mendapat penyakit katarak mata.

Keju - Tulang

Kandungan tinggi kalsium dalam keju, ditambah pula dengan kandungan mineral lain dapat menguatkan tulang. Satu kajian mendapati bahawa pengambilan kira-kira 800mg - 1200mg sehari mampu menambah kepadatan tulang sehingga 6 peratus.


Halia - Perut

Di China, halia telah digunakan sebagai ubat sakit perut dan mual selama kira-kira lebih daripada 2000 tahun. Satu penyelidikan di Universiti of Minnesota mendapati pengambilan halia mampu mencegah kanser usus.

Brokoli - Kanser

Pada 2009, US National Cancer Ins. mendapati bahawa memakan brokoli selama seminggu secara teratur dapat mengurangkan risiko kanser sebanyak 45 peratus.





Pisang - Senyum (mood yang baik)

Buah ini mengandungi tryptophan, setelah dihadam tryptophan secara kimia akan menjadi serotonin yang amat bermanfaat sebagai ubat anti-tekanan.
 http://jennykaleyn.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...