Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah.
Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu
ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.
Cahaya iman mungkin?
Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?
Cantik sebagai anugerah
1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa
Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana
tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah
kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu
juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.
Dan paling boleh dianggap
sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja
sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai
yang mula tertarik.
1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata
Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk
melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan
produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun
menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja
deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si
lelaki pemakainya.
Si cantik juga seringkali menjadi mangsa
jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila
cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga.
Bukankah itu juga satu ujian? Lebih
baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan
kerana rupa semata-mata.
Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan
yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si
cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka
memiliki aset wajah menarik.
Apa pun, ujian terbesar ialah
apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah
keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah
sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.
pakar cinta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan