Isnin, 2 September 2013

Puteri Sarah Liyana Nekad Berhenti Berlakon Selepas Bertudung

Bukan senang untuk berhenti melakukan sesuatu yang sudah menjadi darah daging kita. Namun Abang Nara respek kepada Puteri Sarah Liyana kerana sanggup berhenti berlakon selepas berhijrah memakai tudung. Niat sangat bagus kerana mahu mengelakkan persentuhan dengan bukan muhrim ketika berlakon.
puteri sarah liyana 




 Mungkinkah juga Puteri Sarah Liyana bakal berkahwin tidak lama lagi? Mana tahu kerana desas-desus menyatakan yang Puteri Sarah sedang hangat bercinta dengan Syamsul Yusof. Kata Puteri mengenai keputusannya untuk berhenti berlakon:-
Keputusan saya ini juga atas sebab saya sudah berhijrah. Saya nak elak bersentuhan dengan bukan muhrim. Kalau kerja mengacara saya boleh elak semua itu. Ikutkan, saya masih dalam arena seni cuma tidak seperti dulu lagi. Majlis hiburan pun bergantung kepada keadaan sama ada saya memilih untuk menyertainya atau tidak.
Keputusan berhenti berlakon ini sama sekali tidak ada kaitan dengan faktor saya serik dengan kontroversi yang pernah melanda. Lagipun sampai bila saya nak berada dan bertahan dalam industri. Industri seni semuanya berbalik kepada tuah. Ada tuah akan kekal dan begitulah sebaliknya.
puteri sarah liyana
Buat masa sekarang, Puteri Sarah Liyana sudah pun mendapat kerja di sebuah butik muslimah. Semoga rezeki Puteri Sarah di sana akan lebih melimpah ruah. Mana tahu memang rezeki ada di dalam bidang jual menjual dan bukan lakonan. Sama-samalah kita doakan.
beautiful nara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...